Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
670) HARIAN METRO 4/12/12 : PPIM saran polis wujud blog khas
18 Dec 2012

Kuala Lumpur:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) mewujudkan blog khas bagi membolehkan pengguna merujuk semua jenis
kegiatan jenayah yang berlaku di Malaysia.
Blog ini akan
mempamerkan segala kegiatan jenayah supaya pengguna lebih berhati-hati dan
tidak terpedaya dengan helah penjenayah, khususnya penggodam siber.
Didik pengguna
Ketua Aktivis PPIM,
Datuk Nadzim Johan, berkata dengan adanya blog khas orang ramai boleh
menjadikannya sebagai rujukan, selain mendidik pengguna supaya tidak mudah
terpedaya pelbagai taktik penjenayah.
“Sikap pengguna
yang leka dan tidak ambil tahu menyebabkan pengguna lebih berisiko menjadi
mangsa jenayah.
“Pengguna yang
terbabit dengan kes penipuan perlu peka untuk menyampaikan maklumat kepada
pengguna lain supaya dapat mengelakkan mereka menjadi mangsa,” katanya
ketika dihubungi BH, semalam.
Beliau mengulas
kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed
Ismail Syed Azizan, bahawa tujuh juta pengguna telefon pintar berisiko menjadi
mangsa penggodam siber.
Kerugian RM21.8 juta
Syed Ismail berkata,
tahun ini saja orang ramai kerugian RM21.8 juta akibat kecuaian mereka dalam
alam siber.
Beliau berkata, blog
khas akan membantu pengguna supaya lebih berjaga-jaga dan tidak terpedaya
dengan segala kes penipuan yang membabitkan jenayah siber.
“Saya berharap
pihak berkuasa akan mengambil tindakan supaya pengguna tidak menjadi mangsa
penipuan dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di negara
kita,” katanya.