Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
712) ARTIKEL PILIHAN : BANGUN PAGI CARILAH REZEKI
13 Apr 2013

Oleh : Idris Musa
Harian Metro 10/4/13
Sewaktu
singgah minum pagi di sebuah restoran sementara menunggu kereta diservis siap
di pinggir kota pada hujung minggu, baru-baru ini, penulis terpandang seorang lelaki
bukan Islam yang duduk selang beberapa meja.
Usia
beliau sekitar 60-an dan sudah tua. Penampilannya juga sederhana, dengan kemeja
lepas dan seluar pendek. Namun, sambil bersarapan beliau membaca surat khabar,
meneliti isu dan perkembangan semasa.
Sesekali
beliau bingkas bangun, berjalan menuju kawasan parkir dan mengambil sesuatu
daripada keretanya, Toyota Alphard. Selepas itu, beliau datang semula dan duduk
untuk meneruskan sarapan.
Di
benak fikiran penulis tertanya sendirian, mengapa lelaki terbabit yang sudah
berkereta besar, usia pula sudah lanjut, tetapi masih tahu bangun pagi dan baca
surat khabar?
Ketika
itu terfikir juga penulis mengenai sesetengah orang terutama yang masih muda,
terkial-kial untuk bangun pagi, malah selalu terlewat ke tempat kerja, kurang
bersemangat melakukan tugas, sedangkan pada usia itu otak cerdas dan badan juga
sihat.
Ada
segolongan lagi tidak bekerja yang dipanggil penganggur, dengan hidup dirasakan
tidak dihimpit waktu. Segelintirnya beranggapan boleh tidur dan bangun sesuka
hati setiap hari. Amboi, seronoknya hidup!
Bagi
mereka yang tidak bekerja ini, mungkin akan mempersoalkan: Apa hendak
disibukkan kerana kami tidak mengganggu dan menyusahkan orang? Tidak kurang
juga mendakwa, bukan tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, cuma belum
sampai rezeki.
Namun,
selalunya sebaik bangun daripada tidur mereka berharap menu tersedia di meja
untuk mengalas perut yang berkeroncong. Bagi yang masih bujang khususnya, si
ibulah yang menjadi tempat bergantung, makan pakai semua ditanggung walaupun
sudah besar panjang.
Sekiranya
kita tinjau dari perspektif Islam, sikap malas bekerja, tidak bersemangat dan
menganggur itu sangat dilarang. Sebaliknya, kita perlu sentiasa bersemangat dan
rajin berusaha khususnya bagi lelaki.
Al-Quran
menganjurkan kita agar rajin berusaha dan bekerja, bukannya semata-mata
memasang angan-angan dan harapan untuk terus menjadi kaya dan hidup
senang-lenang dalam sekelip mata.
“Dialah
yang menjadikan bumi bagimu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata
penjurunya serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah)
kepada Allah jualah kamu dibangkitkan hidup semula.” (Surah al-Mulk, ayat
15)
Hadis
Nabi SAW juga menggalakkan kita orang Islam bekerja dan berdikari, antaranya
bermaksud: “Sesungguhnya sebaik-baik usaha ialah usaha dengan tangannya
sendiri.” (Riwayat Imam Ahmad)
Al-Bukhari
meriwayatkan hadis dengan maksud: “Seandainya seseorang kamu mengambil
tali lalu mencari kayu dan meletakkannya di atas belakangnya adalah lebih baik
baginya daripada dia meminta-minta orang, sama ada mereka memberinya ataupun
menghampakannya.”
Dilihat
kepada sirah Nabi SAW, baginda sendiri pada usia 12 tahun sudah ikut bapa
saudaranya, Abu Talib ke Syam (Syria) untuk berniaga. Malah, pada usia empat
tahun baginda dikatakan menolong Halimatus Saadiah mengembala kambing.
Nabi
Allah Daud AS juga bekerja sebagaimana diceritakan pada ayat 80, surah
al-Anbiya maksudnya: “Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi
untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam peperangan, maka adakah kamu bersyukur?”
Ibnu
Jauzi meriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab menemui sekumpulan orang yang
menganggur lalu beliau bertanya: “Apa kamu buat? Jawab mereka: “Kami
sekalian orang-orang yang bertawakal (yakni menyerahkan nasib kami kepada
Tuhan).”
Kata
Umar: “Kamu sekalian pendusta. Sesungguhnya orang yang bertawakal itu
ialah orang yang menanam satu benih di bumi, kemudian dia bertawakal kepada
Allah.” Sambung beliau lagi: “Jangan sampai ada lagi seseorang antara
kamu yang menganggur, duduk senang-senang, enggan keluar mencari rezeki. Dia
hanya duduk berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku, berilah aku rezeki. Padahal dia
mengetahui bahawa langit itu tidak akan menurunkan hujan emas atau perak.”
Saidina
Umar juga pernah menegah golongan fakir miskin daripada duduk menganggur dan
hanya mengharapkan orang memberi sedekah semata-mata.
Beliau
berkata: “Wahai kalangan fakir miskin! Berlumba-lumbalah mencari kurnia
Allah dan jangan sampai kamu menjadikan diri kamu tanggungan kaum
Muslimin.”
Dalam
hal ini, Imam Syafie ada mengalunkan bait puisi berbunyi:
Biarlah
kupukul batu meskipun dari puncak gunung
Itu
lebih kusenangi daripada kerja menadah tangan
Biarlah
orang kata kerjaku ini membawa malu dan hina
Apakah
tidak malu dan hina kerja meminta-minta orang?
Oleh
itu, ayuh buangkan kemalasan, bangun awal, cari kerja dan bekerja dengan penuh
semangat. Usah berpeluk tubuh lagi, sahut cabaran bersaing bersama yang lain
mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga.
*
Penulis ialah Penolong Pengarang Rencana, Harian Metro