Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
732) BERITA MYNEWSHUB : NGO Islam Cadang Idea Sekolah Wawasan Dilaksanakan Sekarang
11 May 2013

sekolah wawasan
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 83 Badan serta Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan Islam hari
ini mencadangkan agar idea sekolah wawasan yang pernah dirancang beberapa tahun
lalu diwujudkan kembali demi perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia.
Menurut Pengerusi
Jawatankuasa Tindakan Tertinggi Gabungan NGO Islam 1 Malaysia, Datuk Mohd Farid
Hassan, kesemua NGO tersebut telah sepakat menyokong penuh Sekolah Wawasan
dilaksanakan semula di dalam kerangka plan transformasi pendidikan negara.
Ia kata beliau
sejajar dengan gagasan 1Malaysia dan rancangan pemulihan nasional yang disebut
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
“Selagi anak-anak
kita tak disatukan di bawah satu bahasa, menyatukan rakyat akan menjadi masalah
(buat negara).
“Percampuran di
kalangan berlainan bangsa seperti Melayu, Cina dan India pada usia awal adalah
penting supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain (dengan lebih
baik),” katanya ketika dihubungi Mynewshub di sini hari ini.
Idea sekolah wawasan
dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Konsep utama sekolah
wawasan adalah menghimpunan sekolah-sekolah rendah pelbagai aliran dalam satu
kawasan di mana para pelajarnya akan berkongsi kemudahan seperti padang dan
kantin secara bersama.
Pendidikan mengikut
bahasa ibunda masing-masing bagaimanapun tetap dibuat seperti biasa dalam
kompleks sekolah masing-masing.
Tambah beliau, jika
tidak disatukan rakyat berbilang kaum ini, persepsi negatif yang sering
dikaitkan dengan sesuatu kaum itu akan terus timbul dan masalah tersebut tidak
akan lenyap sampai bila-bila.
Beliau memberi
contoh, kaum Melayu sering dikaitkan dengan masalah rasis manakala kaum Cina
pula dikaitkan sebagai tidak mahu berkongsi kelangsungan ekonomi yang telah
berjaya dicapai oleh mereka.
“Senang cerita, tak
kenal maka tak cinta, Melayu perlu kenal budaya Cina, Cina perlu kenal budaya
India, India perlu kenal budaya Melayu, barulah perpaduan dapat diwujudkan,”
jelasnya lagi.
Jadi, untuk
merealisasikan penyatuan kaum itu, NGO Islam telah bersetuju dengan rancangan
sekolah wawasan agar anak-anak generasi masa hadapan dapat bercampur dan lebih
kenal-mengenali di antara berlainan kaum.