Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
774) UTUSAN MALAYSIA 13 JUN 2013-Sekolah satu sistem terus disokong
14 Jun 2013

KUALA LUMPUR 12 Jun
– Kerajaan terus didesak untuk melaksanakan satu sistem persekolahan bagi
memperkasa usaha memupuk semangat integrasi nasional dalam diri pelajar dari
peringkat awal. 
Presiden Majlis
Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Datuk
Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, sistem persekolahan seperti diterapkan dalam
sistem sekolah kebangsaan dilihat mampu memupuk persefahaman antara pelajar
berbilang kaum sejak sekian lama.
“Kerajaan wajar
memperhalusi cadangan itu demi keharmonian dan kestabilan negara pada masa
hadapan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas
cadangan sebanyak 130 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam semalam
supaya kerajaan mengkaji pelaksanaan sistem persekolahan yang tidak lagi
bersandar kepada bahasa ibunda.
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mewakili
gabungan NGO itu berkata, kajian pihaknya dengan beberapa tokoh masyarakat Cina
dan India mendapati kewujudan sekolah aliran itu menjadi penghalang kepada
usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini sejak merdeka.
Menurutnya,
kewujudan sebanyak 61 sekolah vernakular swasta dan 78 sekolah jenis kebangsaan
ketika ini menjadi antara punca rakyat berbilang kaum gagal mengenali dan
menghormati antara satu sama lain sehingga wujudnya jurang serta prasangka
antara mereka.
Mengulas isu sama,
Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Ahmad Nawawi
Shaari berkata, perancangan rapi perlu dilaksanakan bagi memastikan objektif
sistem persekolahan tunggal itu tercapai.
“Cadangan satu
sistem persekolahan ini akan berkesan jika pengisian dilakukan secara
menyeluruh kerana kesannya hanya dapat dilihat dalam kalangan pelajar dalam
jangka masa panjang,” katanya.
Tambah beliau, semua
pihak juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam memupuk nilai perpaduan
antara kaum dalam golongan muda tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak
sekolah.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130613/dn_23/Sekolah-satu-sistem-terus-disokong#ixzz2WATnOnyR

© Utusan Melayu (M)
Bhd