Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
778) UTUSAN MALAYSIA 17 JUN 2013-PPPIK sasar tambah 3,000 ahli
17 Jun 2013

KOTA BHARU 16 Jun –
Persatuan Pemborong, Penjual Ikan Negeri Kelantan (PPPIK) mahu menambah
keahlian persatuan sekurang-kurangnya seramai 3,000 orang bagi memperkasakan
fungsinya.
Penaung persatuan
itu, Datuk Seri Mohd. Fared Abd. Ghani berkata, penambahan ahli mampu
mengukuhkan kedudukan persatuan dalam memperjuangkan nasib mereka melalui
pelbagai aktiviti yang akan dijalankan pada masa hadapan.
“Selain itu
kita akan mengkaji mekanisme untuk memacu sumber ekonomi ahli dan masyarakat
atau peniaga-peniaga Melayu khususnya dengan lebih teguh melalui pelbagai
aktiviti berpersatuan.
“Untuk itu,
kita perlukan kerjasama daripada semua ahli dalam usaha mentransformasikan
persatuan ke arah lebih cemerlang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini
hari ini.
Mohd. Fared yang
juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan turut
berharap mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan visi dan misi persatuan tercapai.
Beliau berkata, bagi
memastikan matlamat perjuangannya tercapai, PPPIK turut merancang untuk
memiliki bangunan sendiri bagi memudahkan operasi mereka.
Sementara itu,
Pengerusi PPPIK, Long Aziz Long Omar menaruh keyakinan pelantikan Mohd. Fared
sebagai penaung berkuat kuasa 1 Mei lalu, dapat memperkasakan lagi peranan
persatuan yang ketika ini mempunyai kira-kira 1,000 orang ahli.
Beliau berkata,
sejak penubuhannya pada 1977, PPPIK tidak pernah mempunyai penasihat atau
penaung dan jawatan tersebut wajar diwujudkan dalam usaha memperkasakan lagi
fungsi persatuan bagi membela nasib pemborong dan penjual ikan di negeri ini.
“Pihak
persatuan percaya Mohd. Fared mampu menggalas tanggungjawab bagi menggerakkan
fungsi persatuan dengan lebih efisien dalam menjaga kepentingan ahli terdiri
daripada bumiputera,” katanya.
  
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130617/wt_02/PPPIK-sasar-tambah-3,000-ahli—-Mohd.-Fared#ixzz2WRupc5uw

© Utusan Melayu (M)
Bhd