Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
783) UTUSAN MALAYSIA 20/6/13-SJK perlu penjenamaan semula
21 Jun 2013

Mohd. Noor Abdullah ketika syarahan Percambahan Minda bertajuk ‘Kedudukan Sekolah Vernakular daripada Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan’ anjuran Kelab Wartawan Muda di Villa Puteri, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 19 Jun
– Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah mencadangkan agar
kerajaan menjenamakan semula Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil
menjadi sekolah pengajian bahasa yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Katanya, SJK wajar
dijadikan sekolah kerajaan yang masih mengekalkan aspek fizikal, namun
mengutamakan pembelajaran berkaitan bahasa ibunda berbilang kaum di negara ini.
“Kalau kita
bercakap tentang polisi pelajaran, kini ada tiga aliran iaitu sekolah swasta,
sekolah kebangsaan dan SJK. Tetapi apa peranan SJK? Apa keperluan tentangnya?
“Saya cadangkan
SJK ditukar kepada sekolah di mana kita boleh belajar bahasa. Apa sahaja telah
sekolah kebangsaan sediakan, SJK tidak perlu lagi menyediakannya, semua orang
akan pergi ke sekolah yang sama. Ini boleh memupuk perpaduan,” katanya.
Beliau berkata
demikian ketika menyampaikan syarahan Percambahan Minda bertajuk ‘Kedudukan
Sekolah Vernakular daripada Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan’ di
sini hari ini.
Mohd. Noor dalam
pada itu berkata, kewujudan SJK sebenarnya tidak selari dengan Artikel 152 (1)
Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Sambil mempersoalkan
dasar pendidikan yang membenarkan sistem persekolahan vernakular wujud di
negara ini, Mohd. Noor berkata, dasar itu sebenarnya memecahbelahkan masyarakat
berbilang kaum di negara ini.
“Kenapa adakan
sekolah berasingan untuk masyarakat? Bukankah baik jika kita pergi ke satu
sekolah dan belajar apa sahaja yang kita hendak di sana,” katanya.
Katanya, penyatuan
sudah pasti akan berlaku apabila semua rakyat Malaysia pergi ke sekolah yang sama
kerana tiada lagi jurang perbezaan antara pelbagai kaum.
“Masa rehat dan
sekolah habis boleh bersama-sama. Bayangkan rakyat Malaysia boleh hidup begitu.
Keadaan inilah yang tidak ada masa kini,” katanya.
Beliau berkata,
berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, kewujudan SJK merupakan satu bentuk
diskriminasi kerana memberikan keutamaan kepada kaum tertentu sahaja, namun
tidak memperoleh kelebihan kepada komuniti lain.
“SJK Cina dan
India antara lain mengajar bahasa Cina dan Tamil. Sementara kerajaan tidak
mewujudkan sekolah kebangsaan untuk kaum-kaum lain. Bagaimana pula dengan
bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai keturunan?,” soal
beliau.
Oleh kerana itu,
Mohd. Noor menegaskan adalah penting sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan diwujudkan di negara
ini.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130620/dn_01/SJK-perlu-penjenamaan-semula#ixzz2WowOe1we

© Utusan Melayu (M)
Bhd