Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
792) UTUSAN MALAYSIA 26/6/13-Cadangan pengharaman e-Rokok relevan
26 Jun 2013

KUALA LUMPUR 25 Jun
– Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) menggesa supaya
rokok elektronik atau e-Rokok diharamkan berikutan produk itu memberikan kesan
sampingan seperti penyakit berbahaya kepada pengguna.
Presidennya, Datuk
Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, penggunaan e-Rokok oleh kalangan
generasi muda terutamanya dilihat sebagai satu trend tidak sihat dan wajar
diharamkan di negara ini.
“Golongan
remaja kebanyakannya yang terdiri daripada pelajar sanggup untuk tidak minum
dan makan bagi menyimpan duit belanja mereka untuk membeli e-Rokok.
“Lazimnya,
rokok tersebut digunakan oleh perokok tegar sebagai alternatif untuk berhenti
merokok, tetapi mereka tidak sedar bahawa e-Rokok masih mengandungi cecair
nikotin yang mampu memberikan kesan ketagihan,” katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas
kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kerajaan supaya
segera mengharamkan rokok elektronik atau e-Rokok yang semakin menjadi trend di
negara ini terutama dalam kalangan remaja.
Presidennya, SM
Mohamed Idris berkata, langkah berkenaan perlu bagi menyekat penularan
penggunaan rokok berkenaan yang hanya membawa kesan buruk kepada kesihatan.
Mengulas lanjut,
Saharuddin berkata, e-Rokok kini boleh dibeli di mana-mana sahaja, malah
pengguna boleh membuat pembelian menerusi internet, menyebabkan bertambah sukar
untuk dikawal.
Sementara itu, Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata,
pihaknya meminta supaya Kementerian Kesihatan menjalankan kajian mendalam
terhadap kesan sampingan penggunaan e-Rokok.
“Secara jelas,
merokok membawa kesan buruk kepada tubuh badan dan mengundang pelbagai penyakit
kronik seperti kanser, jantung, paru-paru dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu,
beliau berkata, kementerian perlu mengeluarkan polisi tentang penggunaan
e-Rokok, seterusnya membuat keputusan sama ada perlu atau tidak mengharamkan
rokok tersebut.