Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
799) BERITA METRO AHAD 30 JUN 2013-Periksa status kes secara online
30 Jun 2013

Byline / Author:
Oleh Shamran Sarahan
Kuala Lumpur: Polis
akan membangunkan sistem laporan serta status siasatan kes secara talian di
Internet untuk membolehkan pengadu mendapat akses lebih mudah dan cepat
menjelang September depan.
Pengarah Jabatan
Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Bukit Aman Komisioner Datuk Wira Ayub
Yaakob berkata, pada peringkat awal, projek itu akan dilaksanakan di Kuala
Lumpur dan Negeri Sembilan sebelum diperluaskan ke seluruh negara, selain
pihaknya masih meneliti keberkesanan sistem itu.
“Kita (polis)
mahu memudahkan orang ramai membuat laporan dan mengadu maklumat kepada polis
hanya melalui Internet.
“Begitupun,
kita masih meneliti meneliti beberapa perkara dan pada peringkat awal nanti
bukan semua kes boleh dilaporkan secara online (talian), kita akan kenal pasti
perkara itu.
“Selain itu,
kita membangunkan satu sistem yang membolehkan pengadu mengetahui perkembangan
siasatan laporan membabitkan mereka.
“Kita akan beri
kata laluan kepada mereka yang membuat laporan polis dan mereka boleh mengakses
sistem itu bagi mengetahui perkembangan siasatan,” katanya.
Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Penipuan
Pelaburan Dalam Perniagaan peringkat Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Bernama,
Wisma Bernama, di sini, semalam.
Seminar sehari itu
dianjurkan bersama Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia dengan
kerjasama PDRM, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM).
Turut hadir Presiden
Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang
Yahya dan ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim
Johan.
Sementara itu, Ayub
berkata, sepanjang tahun lalu polis menerima laporan sebanyak 351 kes berkaitan
penipuan perniagaan membabitkan kerugian bernilai RM100 juta.
“Empat bulan
pertama tahun ini, polis menerima 95 kes dengan jumlah kerugian RM15 juta.
Kebanyakan kes membabitkan penipuan Internet dengan rata-rata mereka yang
ditipu adalah golongan berpendidikan dan profesional,” katanya.
Dalam pada itu, Ayub
yang juga bekas Pengerusi Urusetia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),
Bukit Aman dilantik menerajui Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah yang
baru diperkenalkan tahun ini, berkuatkuasa kelmarin.