Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
831) UTUSAN MALAYSIA 15/7/13 Harga: Pemantauan menyeluruh diperlukan
15 Jul 2013

KOTA BHARU 14 Julai
– Pihak berkuasa di negeri ini diminta membuat pemantauan secara menyeluruh
bagi mengatasi krisis kenaikan harga barangan keperluan termasuk bahan mentah
terutama di kawasan luar bandar.
Permintaan itu
dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan bagi mengelak
pengguna terpaksa menanggung beban kenaikan kos yang semakin tinggi menjelang Hari
Raya Aidilfitri nanti.
Ketua aktivis PPIM
Kelantan, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, pihaknya banyak
menerima aduan daripada pengguna mengenai kenaikan secara mendadak barangan
keperluan seperti daging, ayam dan bahan mentah lain.
Beliau berkata,
peniaga termasuk pembekal, pemborong dan peruncit sepatutnya mematuhi piawaian
harga yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, bukannya menaikkan harga
barangan keperluan dengan sesuka hati.
“Kita
difahamkan harga daging meningkat daripada RM22 kepada RM24 sekilogram, begitu
juga dengan harga ayam yang turut meningkat.
“Pihak berkuasa
wajar mengoptimumkan tindakan serta hukuman berdasarkan undang-undang yang ada
bagi memastikan golongan terbabit lebih berhemah ketika menjalankan aktiviti
perniagaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas
krisis kenaikan harga barangan keperluan terutama ayam di negeri ini sehingga
meresahkan pengguna.
Mengulas lanjut,
Mohd. Fared berkata, selain daging dan ayam, PPIM Kelantan turut menerima
rungutan pengguna tentang kenaikan harga bekalan bahan mentah lain seperti
sayur-sayuran di pasaran.
Sebagai contoh
katanya, perbezaan harga timun dan cili merah mencecah antara RM2 hingga RM3
sekilogram berbanding harga sebelum ini.
“Kenaikan
secara mendadak ini jelas menunjukkan golongan berkenaan cuba mencuri
kesempatan dan membebankan pengguna,” katanya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130715/wt_02/Harga:-Pemantauan-menyeluruh-diperlukan#ixzz2Z71WkQqq © Utusan Melayu (M)
Bhd