Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
837) UTUSAN MALAYSIA 18/713-Tudung papar gambar wanita separuh bogel
19 Jul 2013

Mohd. Fared Abdul Ghani (kiri) bersama ahli PPIM Kelantan menunjukkan tudung yang dihiasi gambar lucah tertera tulisan Playboy di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 17 Julai
– Penghinaan terhadap agama Islam dilihat semakin menjadi-jadi berikutan
penemuan sehelai tudung memaparkan gambar wanita separuh bogel dan tertera
tulisan Playboy yang dijual di sebuah kedai di bandar ini.

Tudung berwarna
kelabu dan hitam berharga RM10 itu dibeli oleh seorang lelaki yang enggan
dikenali selepas menjumpai tudung berkenaan dalam longgokan tudung-tudung lain
yang dijual di kedai tersebut.
Atas dasar tanggungjawab,
lelaki terbabit terus membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) Kelantan kira-kira pukul 10 pagi di sini hari ini.
Ketua aktivis PPIM
Kelantan, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani ketika ditemui berkata,
penjualan tudung itu telah mencemarkan maruah dan imej Islam di negara ini.
“Saya menggesa
pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas dan memberi hukuman keras ke atas
pihak yang bertanggungjawab menjual tudung berkenaan kerana satu penghinaan
yang sangat melampau.
“Tudung
merupakan imej kesucian agama Islam kepada golongan wanita, jika dihiasi gambar
lucah, boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini,” katanya.
Tambahnya, kemarahan
umat Islam di negara ini belum reda dengan tindakan melampau pasangan Alvin
Tan, 25, dan Vivian Lee , 24, yang mempersendakan bulan Ramadan di laman sosial
Facebook.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130718/dn_23/Tudung-papar-gambar-wanita-separuh-bogel#ixzz2ZT6iuT8c © Utusan Melayu (M)
Bhd