Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
840) MYNEWSHUB 18/7/13:PPIM Gesa Kes Disiasat Secara Telus
19 Jul 2013

SHAH ALAM –
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil inisiatif dengan melantik
peguam untuk berjumpa empat orang lelaki berbangsa Melayu yang ditahan polis
berhubung kes Ng Mun Tat di sini hari ini.
Aktivis PPIM, Mohd
Mustafa Hamzah berkata pihaknya bersama peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis
Daerah Shah Alam adalah untuk mendapatkan penjelasan berkenaan khabar angin
oleh pelbagai pihak menerusi laman-laman sosial berkenaan kes tersebut.
“Apa yang dituntut
PPIM adalah supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
“Kami menyediakan
peguam bagi memastikan isu tersebut mendapat pengadilan sebaik mungkin,” jelas
Mustafa kepada pemberita dalam satu sidang media di luar IPD Shah Alam sebentar
tadi.
Menurut Mustafa,
peguam yang dilantik PPIM, Shahrudin Ali telah berjumpa dengan empat yang
ditahan dan pihaknya masih dalam proses mengumpul bahan bukti.
Dalam pada itu,
peguam yang dilantik PPIM enggan memberi sebarang maklumbalas terhadap
perjumpaan itu.
Tambah Mustafa lagi,
dia yang berjumpa dengan Ketua Siasatan Jenayah IPD Shah Alam, DSP Mohd Nizam
diberitahu bahawa tahanan reman terhadap empat lelaki itu yang sepatutnya
berakhir pada 22 Julai akan dilanjutkan jika ada keperluan oleh pihak polis.
Dalam kejadian 3
pagi 15 Julai lalu, Ng Mun Tatt, 24, dipercayai telah dilarikan oleh lapan
lelaki menaiki Toyota Alphard ketika dia sedang makan bersama teman wanitanya
di sebuah restoran di Shah Alam.
Ng dicedera dan
dibogelkan sebelum ditinggalkan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang
(DUKE), berhampiran susur keluar Setiawangsa di sini.
Beliau ditemui oleh
seorang penunggang motosikal yang membawanya ke balai polis Jalan Tun Razak.
Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan pantas polis berjaya menahan empat
lelaki di Shah Alam dan Petaling Jaya pagi 16 Julai lalu kerana terbabit
mencederakan lelaki itu.