Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
841) MYNEWSHUB 190713-Tidak Diikat Jamin Demi Keselamatan Alvivi – PPIM
19 Jul 2013

Tindakan Alvin dan
Vivian mencetuskan kemarahan umat Islam dengan memuatnaik poster dengan tajuk
“Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!” yang
mengandungi logo Halal pada 12 Julai bukan sahaja melibatkan umat Islam di Malaysia
tetapi secara global.
Ini adalah kerana
sup “Bak Kut Teh” ialah sup yang dihasilkan dengan bahan asasnya tulang babi
yang jelas adalah haram di sisi Islam. Lebih-lebih lagi dengan disertakan logo
Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di poster berkenaan.
Ketua Aktivis Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata selain itu, tindakan
mereka juga sudah memuncakkan kemarahan rakyat Malaysia sama ada yang beragama
Islam atau tidak.
Selain itu, beliau
berkata tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tidak membenarkan ikat jamin
adalah juga untuk memastikan keselamatan mereka dari kemungkinan diapa-apakan
oleh orang ramai selepas tindakan mereka yang melampau itu.
“Tindakan tidak
memberikan ikat jamin kepada Alvivi juga adalah untuk menjaga keselamatan mereka
yang telah memuncakkan kemarahan rakyat Malaysia,”
“Ini juga pengajaran
kepada semua pihak di negara ini supaya sensitif dengan isu yang melibatkan
perkauman dan agama,” katanya kepada Mynewshub hari ini.
Semalam, Alvin telah
dihantar ke Penjara Sungai Buloh manakala Vivian telah dihantar ke Penjara
Kajang – selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka
mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan
gambar-gambar lucah dalam blog mereka. – Mynewshub

OLEH : IBNU K