Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
842) HARIAN METRO 19/7/13-PPIM gesa siasatan telus terhadap empat lelaki
19 Jul 2013

Shah Alam: Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa satu siasatan yang telus dijalankan
terhadap empat lelaki yang ditahan polis berhubung kes ‘penculikan’ seorang
lelaki di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini, Isnin lalu.
Aktivisnya, Mohd
Mustafa Hamzah berkata, sejak berita penahanan empat lelaki berusia 22 hingga
29 tahun tersebar, pelbagai spekulasi yang wujud dan ada antaranya tidak benar.
Menurutnya, siasatan
lanjut yang dijalankan polis diharap dapat mencari kebenaran bukan saja kepada
mangsa tetapi terhadap kes dan individu yang ditahan.
“Jika siasatan
mendapati empat suspek yang ditahan itu bersalah, hukuman setimpal menanti
mereka tapi biarlah siasatan yang dijalankan itu adil dan tidak menyebelahi
mana-mana pihak.
“Oleh yang
demikian, PPIM memberikan bantuan dari segi khidmat guaman kepada suspek agar
kes berkenaan dapat diselesaikan sebaik mungkin,” katanya sewaktu ditemui
di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.
Terdahulu, Mohd
Mustafa bersama peguam dan ahli keluarga lelaki yang ditahan bertemu dengan
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam Deputi Superintendan Muhamad Idzham
Jaafar bagi mengetahui perkembangan lanjut siasatan.

Mengenai butir
perbincangan yang diadakan antara pihaknya dan polis, Mohd Mustafa bagaimanapun
enggan mendedahkan perkara itu kerana menganggap ia masih dalam siasatan.