Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
856) BERITA HARIAN 2/8/13-NGO WUJUD LAMAN WEB BANTERAS JUDI
24 Aug 2013

Kuala Lumpur:
Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) mewujudkan satu laman web khas minggu
depan sebagai usaha bagi membanteras kewujudan pusat judi yang semakin
berleluasa di negara ini.
Inisiatif dilaksana
10 NGO itu antara lainnya bertujuan memberi pendedahan dan maklumat kepada
orang ramai supaya sedar mengenai kewujudan pusat berkenaan di kawasan mereka
yang boleh menyumbang kepada masalah moral dan jenayah setempat seperti ragut.
Bantu tangani gejala
sosial
Jurucakap NGO
berkenaan yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan, berkata inisiatif itu juga bagi membantu pihak berkuasa
termasuk polis, menangani gejala sosial berkenaan.
Katanya, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
serta pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran menggunakan maklumat dan gambar
yang didedah serta dipaparkan menerusi laman web yang akan diperkenalkan itu
untuk tindakan mereka.
“Hari ini,
kewujudan pusat judi bagaikan tidak boleh dikawal. Ia menjadi tempat anak muda
dan remaja melepak, malah kita mendapat maklumat, ada orang kenamaan turut
menjadi pelanggan tetap di premis berkenaan,” katanya pada sidang media di
sini, semalam.