Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
859) HARIAN METRO 12/8/13- Tindakan mencabar rosak perhubungan kaum
24 Aug 2013

Kuala Lumpur:
Belumpun reda kontroversi rakaman video Wee Meng Chee atau Namawee, muncul pula
kenyataan kurang senang daripada Presiden Majlis Perundingan Agama Buddha,
Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST), Sardar Jagir Singh,
berhubung hak agama di negara ini.
Beliau yang berucap
pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 MCCBCHST kelmarin didakwa mahu mencabar
undang-undang negara, termasuk merujuk isu hak agama kepada Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekiranya masalah berkaitan gagal diselesaikan di
Malaysia.
Perkara itu
bagaimanapun ditimbulkan atas alasan wujudnya peningkatan kes kumpulan bukan
Islam mencabar undang-undang dalam penukaran agama unilateral kanak-kanak,
penggunaan kalimah Allah dan kes seumpamanya.
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kenyataan
Jagir yang disebarkan beberapa laman blog itu tidak ubah seperti cuba melawan
kontrak sosial sedia ada.
Jelasnya, tindakan
mencabar hak agama di Malaysia adalah sia-sia kerana sudah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan Islam adalah agama rasmi negara.
“Beliau boleh
mencabar (isu agama) kalau berada di negara luar kerana mereka tiada peruntukan
seperti Malaysia, tapi jika hak agama dibangkitkan di sini, kita akan
porak-peranda.
“Sejak sekian
lama, kita mampu hidup dalam sefahaman tanpa ada perkara yang menjejaskan
sensitiviti agama dan kaum. Jadi mengapa soal hak agama hendak ditimbulkan
sekarang?
“Malah, kita
tak nampak perkara (mencabar undang-undang negara) ini perlu diteruskan kerana
hanya merosakkan persahabatan serta perhubungan kaum,” katanya.

Katanya, beberapa
insiden sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu wajar dijadikan kayu
pengukur, sekali gus menghentikan ‘trend’ perkauman cuba ditimbulkan sesetengah
pihak.