Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
866) BERITA HARIAN 17/8/13 : NGO hantar memorandum bantah keganasan
25 Aug 2013

Kuala Lumpur:
Gabungan Badan Bukan Kerajaan semalam menghantar memorandum kepada Kedutaan
Mesir di sini, bagi membantah keganasan pihak keselamatan negara itu yang
menyebabkan orang awam terbunuh.
Gabungan itu
membabitkan sembilan NGO terdiri daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA),
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Perikatan Belia Bersatu Malaysia
(PEMBELA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Darul
Islah Malaysia (PERKID), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA),
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Pertubuhan Islam
Gabungan Amal Malaysia (PER3) dan Yayasan Nassar.
Memorandum itu
diserahkan oleh Pengerusinya yang juga Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman
bersama Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahya dan Pengerusi Yayasan Nassar,
Nasharudin Mat Isa kepada wakil Kedutaan Mesir, semalam.
Abdullah Zaik
berkata, pihaknya mewakili rakyat negara ini menghantar memorandum kepada
Kedutaan Mesir kerana prihatin terhadap krisis politik yang berlaku di negara
itu.
Harap panggil Duta
Mesir
“Kita bimbang
pertempuran antara pihak berkuasa Mesir dan rakyat akan berlanjutan bagi
menuntut bela terhadap kematian yang berlaku, sekali gus menyaksikan keadaan
tidak akan aman selamanya dan ia akan merebak ke seluruh negara itu,”
katanya.
Sementara itu,
Nasharudin berkata, kerajaan Malaysia diharap memanggil Duta Besar Mesir Ke
Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai krisis politik berkenaan seperti
yang dilakukan oleh beberapa negara Barat, selain membuat bantahan rasmi
berhubung perkara terbabit.
Setiausaha Agung
PERKASA, Syed Hassan Syed Ali pula menggesa kerajaan meminta Pertubuhan
Kerjasama Islam (OIC) mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan perkara
berkenaan dan tidak mengiktiraf rampasan kuasa di Mesir, selain mengheret
mereka yang membunuh rakyat secara membabi buta ke mahkamah antarabangsa.
Di Melaka Tengah,
lebih 80 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Ikram
Malaysia (IKRAM) negeri mengadakan demonstrasi aman mengutuk kerajaan Mesir
bertindak ganas terhadap rakyatnya.

Di Johor Bahru,
kira-kira 300 orang daripada 10 NGO menyertai himpunan aman di pekarangan
Masjid Jamek Bandar Baru Uda, semalam bagi mengutuk pembunuhan di Mesir.