Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
899) RAKYATNEWS 3/9/13-PPIM Kutuk Papan Tanda Ketepi Bahasa Kebangsaan
15 Sep 2013

KUALA LUMPUR 3 Sept – Persatuan Pengguna Islam Malasia (PPIM) hari ini mengutuk tindakan beberapa syarikat dan agensi bertindak  menyiarkan papan tanda yang mengenepikan Bahasa Kebangsaan.

Ketua Aktivisnya, Dato’ Nadzim Johan berkata, hasil daripada makluman orang awam dan pemantauan PPIM, didapati masih banyak papan tanda tidak menggunakan bahasa rasmi Negara.

“PPIM menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat atas kegagalan mereka mematuhi syarat penggunaan Bahasa Kebangsaan di atas papan tanda dan billboard,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengambil contoh garis panduan dan syarakat permohonan iklan papan tanda premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, setiap visual hendaklah mendapat pengesahan Bahasa Melayu yang betul daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Foto – PPIM

Sumber: http://www.rakyatnews.my/index.php/2013090382242/jenayah/ppim-kutuk-papan-tanda-ketepi-bahasa-kebangsaan