Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
909) ANTARA POS 26/9/13-Selangor jangan lokek taja bola sepak – PPIM
27 Sep 2013

SHAH ALAM: Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh lokek untuk menaja pasukan
bola sepak negeri lantaran ia sebahagian daripada tugas kerajaan negeri, kata
Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Penajaan itu katanya
akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada Selangor dan atas sebab itulah
Khalid tidak harus lepas tangan dalam isu itu.
“Sama ada
berapa jumlah dia (MB) kena kira (uruskan) sebab mereka kerajaan di negeri ini.
Ini peruntukan yang berlainan, bukan sama.
“Itulah guna
bajet, untuk merancang pergerakan perbelanjaan usaha-usaha kerajaan yang
berkaitan agenda masa depan termasuk aktiviti rakyat,” katanya kepada
Antarapos ketika dihubungi.
Nadzim juga berkata
Khalid tidak boleh menafikan hak pembangunan di Selangor hanya untuk meneruskan
kelangsungan tajaan kepada mana-mana pihak.
“Apa pun perlu
ada keseimbangan, tidak boleh membuat keputusan buang padang bola untuk buat
taman perumahan.
“Perlu
dipertimbangkan sebaik mungkin, kerana ia akan mendatangkan kesan masa panjang
kalau tidak dirancang dengan baik,” jelasnya.
Terdahulu, Menteri
Besar Incorporated (MBI) dikritik PAS Selangor kerana tidak memberikan tajaan
yang sewajarnya sehinggakan beberapa pemain bola sepak utama Selangor diintai
kelab lawan.
Khalid kemudiannya
meminta PAS Selangor memilih sama ada mahu peruntukan diberikan kepada pasukan
bola atau membina masjid di negeri itu.
Khalid juga
mencanang peruntukan kepada pasukan bola sepak melebihi peruntukan untuk
membina sebuah masjid.
Kenyataan Khalid itu
mengundang rasa kurang senang Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.
Bercakap kepada
Antarapos, Azmin berkata soal tajaan kepada pasukan bola sepak dan dana membina
masjid adalah tanggungjawab kerajaan negeri.
“Bagi saya,
kedua-dua institusi ini penting untuk diberikan peruntukan dan dimajukan. Ini
bukan soal pilihan, ini soal kepentingan dan tanggungjawab sebuah kerajaan
dalam memastikan pembangunan masjid dan sukan itu diberikan perhatian yang
serius,” katanya kepada Antarapos di lobi Parlimen.

Namun Nadzim dalam
masa sama menegaskan bahawa kemajuan sektor pembangunan rumah ibadah dan sukan
dalam negeri itu harus seiring.