Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
946) FREE MALAYSIA TODAY 13/10/13-PPIM: Along, agen penarik kereta `samseng’ pengguna
05 Nov 2013

Pihak berkuasa perlu memandang serius kerana dalam beberapa
kes ia mengancam nyawa.
Muda Mohd. Noor | October 13, 2013
Bahagian 4
PETALING JAYA: Samseng yang mengugut pengguna
kurang disedari, malah ada yang menganggapnya sebagai remeh .
Sama ada sedar atau tiidak, suka atau tidak, along
dan agen penarik kereta merupakan ‘samseng’ kepada pengguna.
“Mangsa terjebak dengan piinjaman dari agensi tidak
berlesen, kerana gagal membayar balik mengikut perjanjian akhirnya diugut oleh
along.
“Ia berleluasa di musiim perayaan,“ kata ketua
aktiviis Persatuan Pengguna Islam .Malaysia Datuk Nadziim Johjan.
Mangsa meliputi pelbagai golongan dan paling banyak
kaki tangan  awam.
“Salah satu kes kita ialah seorang warga emas  berumur lebih 70 tahun  telah diancam along,“ tambahnya.
Agen penarik kenderaan terutamanya kereta yang
sering berlagak seperti ‘samseng` mengutip hutang.
Empat
lelaki penarik kereta
Sebuah akhbar pernah melaporkan serang pemilik
restoran di Puchong mendakwa menjadi mangsa sekumpulan empat lelaki penariik
kereta berlagak samseng.
Mangsa N Jiwanathan berkata tanpa sebarang surat
arahan tarik kereta darii bank, empat individu itu menceroboh ke dalam rumah abang
iparnya di Hulu Langat untuk menarik kereta Mercedes Benz miliknya.
“Penarik kereta datang seperti samseng, menarik
kereta tanpa mahu berbincang atau menunjukkan dokumen bagi tujuan itu. Selepas
ditarik barulah mereka meminta surat bank. Saya syak kejadian itu mendapat
kerjasama bank,” dakwanya.
Dalam kes ini Nadzim berkata, pihak berkuasa harus
memandang serius sikap penarik kereta yang diupah syarikat kewangan kerana
terdapat beberapa kes turut mengancam nyawa.
Dalam kejadian lain seorang lelaki dibelasah
sekumpulan anggota sindiket gores dan menang di Kelana Jaya.

Kejadian-kejadian keganasan penarik kereta dan agen
sindiket gores dan menang kerap berlaku.