Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
967) HARIAN METRO 4/11/13- Kutip hutang guna nama jabatan ‘hantu’
05 Nov 2013

Kuala Lumpur: Mengaku sebagai jabatan kerajaan tapi
sebenarnya sebuah syarikat di sini yang didalangi seorang bergelar haji,
menyamar menggunakan nama Jabatan Undang-Undang Kuala Lumpur untuk mengutip
bayaran bagi pihak orang ketiga dengan mengenakan caj sesuka hati.
Bukan itu saja, mereka turut mengaku mempunyai
saluran tertentu dengan agensi kerajaan termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kuala Lumpur serta mahkamah bagi meyakinkan individu yang kononnya termasuk dalam
senarai hitam dan boleh dihadapkan ke mahkamah.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, dalam aduan terbaru, seorang pengadu
mendakwa memerlukan bantuan segera atau berdepan kemungkinan dihadapkan ke
mahkamah selepas menerima panggilan telefon daripada pegawai sebuah jabatan
memintanya membuat bayaran bagi barangan yang dibeli daripada satu syarikat
bernilai RM7,000.
“Dalam perbualan itu, pemanggil berkenaan
memaklumkan bayaran RM7,000 perlu dibuat dengan segera dan jika tidak, pengadu
akan dihadapkan ke mahkamah.
“Berdasarkan pemerhatian sekretariat PPIM,
jabatan dimaksudkan itu bukan agensi kerajaan, sebaliknya syarikat menjalankan
khidmat mengutip hutang yang beroperasi di ibu negara,” katanya di sini,
semalam.
Nadzim berkata, pada pintu masuk pejabat syarikat
itu, ada papan tanda bertulis Jabatan Undang-Undang Kuala Lumpur dan pejabat
berkenaan terletak dalam kawasan perniagaan komersial.
“Jabatan itu juga memang tidak wujud sebagai
jabatan dalam agensi kerajaan dan ia jelas penipuan terancang.
“Kami juga memantau beberapa aduan sama
daripada pengadu lain secara dalam talian dan mendapati lebih 30 orang berdepan
situasi sama. Jika diikutkan, mereka ini (syarikat berkenaan) mendapat untung
berlipat ganda dengan jumlah keseluruhan dianggar ratusan ribu ringgit.

“Mereka ini sebenarnya pengutip hutang dan
kami tidak menolak kemungkinan dilakukan oleh mereka yang tahu
undang-undang,” katanya.