Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ADA PIHAK ‘PANAS PUNGGUNG’ – SINAR HARIAN – 1/3/19
01 Mar 2019

Sinar ( ada pihak panas punggung ) 1.3.19

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah arahan pertukaran Pengarah Jabatan Penguatkuasa DBKL, Azman Mahmood yang telah menjalankan tugas cemerlang menerajui operasi Ops Bah.

Arahan pertukaran ke Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Air Kementerian Wilayah Persekutuan itu berkuatkuasa serta-merta bermula hari ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, beliau melihat pertukaran itu disebabkan ada pihak kurang senang dengan kejayaan menentang perbuatan aktiviti haram di Kuala Lumpur.

“Saya pernah berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Azman menerajui Ops Bah.

“Jika beliau (Khalid) sendiri memberi sokongan, siapa yang mempunyai kuasa lebih tinggi di Wilayah Persekutuan untuk mengarahkan perpindahan tersebut?,” soalnya.

Nadzim berkata, Ops Bah yang ditubuhkan sejak April 2014 berjaya membanteras aktiviti haram melalui siri operasi dijalankan.

“Antara kejayaan besar Ops Bah dengan menyerbu sebuah kelab malam khusus untuk golongan Gay yang beroperasi berpuluh tahun tanpa sebarang tindakan sehinggalah serbuan dibuat.

“Tiada masalah di bawah pengurusannya (Azman), mengapa ada yang panas punggung? Adakah disebabkan susah untuk melindungi aktiviti haram di Kuala Lumpur?,” katanya.

 

Artikel oleh : Sinar Harian

ADA PIHAK ‘PANAS PUNGGUNG’

https://www.sinarharian.com.my/article/15561/EDISI/Selangor-KL/Ada-pihak-panas-punggung-Nadzim