Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ADUAN MENINGKAT LEBIH 90% KETIKA PKP: SKMM DAN CYBERSECURITY USAHA TANGANI JENAYAH SIBER – BERITA RTM – 02/07/2020
03 Jul 2020

CYBERJAYA, 2 Julai – Aduan jenayah siber meningkat 91.37 peratus dilaporkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac sehingga 30 Jun, berbanding tahun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, antara aduan ialah buli siber, penipuan, mencuri data, penggodaman terutama di bandar yang terdapat kelajuan capaian internet.

Justeru, bagi mengekang perkara itu daripada terus berleluasa dan ramai lagi daripada tertipu, perbincangan dibuat melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, CyberSecurity dan syarikat swasta bagi mereka mengambil peranan dalam mengekang jenayah siber yang semakin berleluasa.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Memorandum aduan pengguna perkhidmatan telekomunikasi dan jenayah siber di Cyberjaya.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) , Datuk Nadzim Johan.

Artikel oleh: Berita RTM

ADUAN MENINGKAT LEBIH 90% KETIKA PKP: SKMM DAN CYBERSECURITY USAHA TANGANI JENAYAH SIBER

https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/19749-aduan-meningkat-lebih-90-ketika-pkp-skmm-dan-cybersecurity-usaha-tangani-jenayah-siber