Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ADUAN PILIHAN-KONSPIRASI ATAU DENGKI?
05 May 2011

Konspirasi Atau Dengki?
Dalam tempoh beberapa tahun ini kami di PPIM telah menerima banyak rungutan daripada ahli-ahli kami di mana perniagaan mereka dihujani dengan tohmahan yang mengatakan ianya  merupakan perniagaan “Ali Baba” atau dimiliki pemilik bukan Islam serta sebagainya. Perkara seumpama ini biasanya berlaku kepada perniagaan/jenama yang mula dikenali ramai contohnya Ubat Gigi Mu’min, Laksa Shack, Adabi, Aminah Hassan dan beberapa lagi jenama terkemuka milik peniaga Bumiputera Islam. 
Sebahagian dari mereka telah mendapat kesan dari perbuatan tidak bertanggungjawab ini, ianya dilihat dari hasil jualan serta keuntungan mereka semakin merosot setiap hari, ini mungkin disebabkan rasa sangsi daripada pengguna Islam terhadap mereka.
Mari kita renungkan bersama, kekeliruan pengguna terhadap status pemilikan sesebuah perniagaan milik peniaga Muslim biasanya akan menimbulkan kesangsian sekaligus tidak lagi memberikan sokongan, ini merupakan titik permulaan kepada kehancuran perniagaan itu sendiri.
Adakah ini yang diharapkan dari kenyataan kita yang kadangkala langsung tidak berasas?
Kami menggesa kepada para pengguna di luar sana supaya tidak menyebarkan khabar angin seumpama ini kerana dikhuatiri akan membawa kepada fitnah serta mampu memberikan impak negatif kepada ekonomi Islam .
Lihat di sekeliling, daripada ratusan ribu produk yang ada di pasaraya-pasaraya Malaysia hanya sebahagian kecil sahaja jenama  milik peniaga Islam, bahkan mungkin boleh dikira dengan jari sahaja.
Di manakah Maruah Kita? Bagaimana Masa Depan Generasi Kita? Renungkanlah..
Minta sebarkan posting ini kepada mereka yang lain, sedikit sebanyak mampu menyelamatkan perniagaan saudara-saudara kita.