Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AHLI KoPPIM BOLEH BELI ACER CHROMEBOOK SECARA TERUS DI 3WAYAR – MALAKAT TRIBUNE – 19/04/2021
20 Apr 2021

CYBERJAYA – Ahli Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) yang berminat untuk membeli komputer peribadi Acer Chromebook pada harga serendah RM150 sebulan boleh datang secara terus ke kedai 3Wayar di Malakat Mall, Cyberjaya.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, buat masa ini pihaknya tidak membuat pembelian secara dalam talian dan pelanggan perlu terus datang ke kedai 3Wayar di Malakat Mall untuk urusan pendaftaran dan pembelian.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

“Tawaran pembayaran ansuran selama 10 bulan itu ditawarkan sempena pelancaran kedai peralatan elektrik terbaharu milik Kumpulan Malakat iaitu 3Wayar.

“Tawaran istimewa ini dibuka kepada semua ahli KoPPIM yang sudah membeli syer pelaburan koperasi sekurang-kurangnya tiga bulan dengan caruman RM300.

“Kami sudah terima 50 buah Acer Chromebook. Sebenarnya kami tempah 1,000 untuk pembelian ahli KoPPIM. Yang mahu membeli, boleh datang terus ke kedai 3Wayar tunjuk bukti sebagai ahli KoPPIM.

“Kemudian bayar sebanyak RM150 dan bawa pulang Acer Chromebook. Jika stok awal habis, pelanggan boleh daftar terlebih dahulu sehingga stok sampai,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune.

3Wayar di Malakat Mall Cyberjaya

Menurut Mohd. Fadzil, 3Wayar merupakan jenama terbaharu di bawah perniagaan Malakat Mall yang diperoleh daripada pengambil alihan kedai elektrik milik rakannya berbangsa Cina di Puchong, Selangor.

Katanya, sempena pra pembukaan 3Wayar yang terletak di Malakat Mall, pihaknya menawarkan kemudahan pembelian pada harga terendah kepada semua ahli yang layak.

“Chromebook ini bukan senang nak dapat di pasaran sebab permintaan yang tinggi sekarang.

Antara barangan lain di kedai 3Wayar

“Pada harga RM1,500 dengan kemudahan bayaran serendah RM150 sebulan, ia pasti pembelian yang berbaloi,” katanya.

Artikel oleh: Malakat Tribune

AHLI KoPPIM BOLEH BELI ACER CHROMEBOOK SECARA TERUS DI 3WAYAR

https://www.malakattribunenews.com/2021/04/ahli-koppim-boleh-beli-acer-chromebook-secara-terus-di-3wayar/