Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AHLONG OH AHLONG, SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA – PPIM – 28/9/2017
28 Sep 2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menerima banyak aduan Ahlong tertentu yang telah menjalankan jenayah baru dengan menipu mereka yang terdesak untuk meminjam duit. Mangsa diperdaya untuk membayar berbagai bayaran seperti cukai jualan, GST dan yuran guaman dikenakan sehingga ada yang membayar puluhan ribu sebagai yuran proses dan akhirnya menghilangkan diri.

2 3

Mengulas lanjut kenyataan ini, Ketua Aktivis PPIM, Toqqi berkata pihaknya telah menerima banyak aduan yang melibatkan penipuan pinjaman wang versi baharu sejak kebelakangan ini. “Pemberi pinjaman wang sekarang ini menggunakan platform Facebook untuk mempromosikan iklan mereka dan mereka menipu para peminjam dengan menyuruh peminjam untuk memasukan sejumlah wang bagi memproses pinjaman yang dikehendaki”

“Mangsa telah ditipu dan telah membayar sebanyak RM 52 Ribu Ahlong dengan alasan caj proses dokumen, peguam dan lain-lain” tegasnya.

9

Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Hishamuddin Hashim berkata ini merupakan Ahlong versi baharu iaitu mengenakan yuran pengurusan dahulu sebelum diberi pinjaman wang.

“Mereka akan bermula dengan mengatakan permohonan mereka untuk pinjaman duit tidak lulus tetapi boleh dibantu perunding mereka dengan syarat-syarat tertentu”kata beliau.

Tambahannya lagi, mangsa yang terdesak untuk memerlukan duit ini akan menggunakan perkhidmatan seperti ini setelah gagal dalam permohonan bank.

“Kita mintak kepada agensi yang berkaitan melihat semula perkara ini dan janganlah saling tunding jari antara satu sama lain”

10

Beliau turut menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sentiasa memantau dan memerhatikan iklan seperti ini yang tular di laman sesawang Facebook dan menyekat akaun tersebut jika terdapat unsur curiga yang boleh membawa kepada penipuan.

“Jika pengguna hendak membuat sesuatu pinjaman dan orang tersebut meminta bayaran pendahuluan, pengguna bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan kepastian sebelum meneruskan apa-apa tranksaksi,”jelas Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral ( B) Dato’ Husainay Hashim.

5

Turut hadir bersama di dalam sidang media terbabit iaitu Siti Aminah (Mangsa, bukan nama sebenar).

“Memang silap saya ketika itu, sehingga tertarik pada iklan yang disiarkan pada FB terbabit dan saya mengharap sangat pihak berkenaan untuk memulangkan semula wang saya dan saya berharap pihak berwajib tutup teruslah pinjaman wang ini kerana saya tidak mahu orang lain turut ditipu seperti saya”

4 8