Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AL-AQSA DISERANG: BOIKOT PRODUK ISRAEL – BROTHER VINCE FOCARELLI – SAMUDERA.MY – 14/05/2021
18 May 2021

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2021 – Ketua International Committee Member, Brother Vince Focarelli merayu kepada semua masyarakat untuk bersama-sama berdoa dan memboikot barangan Israel demi hak asasi rakyat Palestin.

“Tolonglah semua, demi saudara kita, komuniti kita, mereka yang memperjuangkan dan membela hak asasi manusia, jika tiada apa-apa yang kalian boleh lakukan, maka tolonglah boikot produk Israel. Kalian boleh melakukan sesuatu bermula dari rumah kalian. Ia bermula dengan kalian. Kaum Muslim, boikotlah produk Israel dan berdoalah untuk saudara kita di Palestin. Ini merupakan antara perkara yang kita boleh lakukan. Solat dan doa adalah senjata orang Muslim. Ini apa yang Allah firmankan di dalam al-Qur’an. Jika kalian pergi ke pasaraya, boikotlah produk Israel atau yang berkaitan dengannya. Sekurang-kurangnya kalian melakukan sesuatu. Lakukan bahagian (tanggungjawab) anda.”

Senada dengan kenyataan ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengeluarkan senarai produk Israel yang akan diedarkan kepada orang ramai tidak lama nanti.

“Kita di sini, sebagai tindakan, akan menyenaraikan satu atau dua produk yang betul-betul mewakili kepentingan Yahudi zionis ini untuk kita edarkan dan jadikan sebagai target. Nak boikot semua pun tak mungkin boleh. Tapi kita mungkin pilih dua tiga produk yang kita nak boikot di seluruh dunia orang Islam akan boikot. Dalam masa terdekat ini kita akan keluarkan senarai,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Artikel oleh: Samudera.my

AL-AQSA DISERANG: BOIKOT PRODUK ISRAEL – BROTHER VINCE FOCARELLI

https://www.samudera.my/al-aqsa-diserang-boikot-produk-israel-brother-vince-focarelli/