Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AMBIL SAMPEL TEPUNG – HARIAN METRO – 16/1/2017
16 Jan 2017

harian metro 16.1.2017

 

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil sampel tepung yang didakwa mengandungi bahan peluntur atau Benzoyl Peroxide untuk dilakukan uji kaji di makmal bagi membuktikan bahan terbabit benar-benar wujud seperti yang didedahkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, uji kaji sampel itu akan dilakukan dalam masa terdekat dan pengeluar tepung berkenaan berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya didapati menyalahi undang-undang selain penjualan produk mereka ditarik di pasaran.

 “Itu salah dari segi undang-undang, jika mereka menggunakan bahan kimia yang tidak dibenarkan untuk mengubah warna tepung, Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Makanan, Kementerian Kesihatan boleh melakukan pemeriksaan.

 “Jika ia dibuktikan memang ada bahan kimia tidak dibenarkan digunakan dalam tepung ini, kita akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menarik balik penjualan tepung di pasaran dan menghentikan penjualannya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Pesta Ponggal MIC, di sini, semalam.

 PPIM mendedahkan terdapat beberapa jenama tepung yang didakwa mengandungi bahan peluntur di mana ia boleh menyebabkan kanser seperti yang tersebar di laman sosial semalam.

 Mengulas mengenai penjualan pil gugur secara dalam talian, Dr Subramaniam berkata, perkara itu sukar dikesan sekiranya pembeli mendapatkan pil dari luar negara dan dibeli dalam kuantiti kecil.

 Katanya, kementerian dengan kerjasama pihak berkuasa lain bagaimanapun boleh memantau dan mengesan individu yang menjual pil berkenaan sekiranya transaksi di dalam negara.