Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AMBIL TINDAKAN INDIVIDU CETUS KONTROVERSI – HARIAN METRO – 31/08/2020
01 Sep 2020

PERBUATAN rakyat negara ini memuat naik status yang mencetuskan provokasi sempena hari kebangsaan adalah tindakan melampau dan perlu dikenakan tindakan tegas.

Timbalan Pengerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) Datuk Nadzim Johan berkata, setiap tahun, akan ada pihak tertentu sengaja ‘mencipta nama’ dengan menularkan status jelek untuk menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, sebagai sebuah negara berdaulat, apa yang termaktub di dalam perlembagaan adalah sesuatu yang tidak perlu dipersoal malah perlu diterima seadanya.

“Kita hidup di negara ini berasaskan perlembagaan. Tidak perlu tuding jari atau sakit hati terutama dengan orang Melayu yang mempunyai keistimewaan.

“Kalau tidak, sampai bila kita nak melayan orang gila yang melalak sepanjang masa, terutama ketika sambutan bulan kemerdekaan. Ada saja tindakan yang menimbulkan kemarahan,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas mengenai status Twitter bernama Alvin Zhang yang mendakwa tidak menyokong hari kebangsaan sehingga Melayu keluar dari nama Malaysia.

Ia kemudian tular di media sosial dan menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak terutama ketika sambutan Hari Kebangsaan 2020 hari ini.

Nadzim berkata, sama ada akaun berkenaan palsu atau sebaliknya, pihaknya menggesa pihak berwajib mengambil tindakan ke atas individu yang memuat naik status itu kerana ia jelas membangkitkan sensitiviti bangsa tertentu di negara ini.

“Biasanya orang yang menulis begini adalah tidak siuman. Tapi jika di normal, pihak berkuasa patut ambil tindakan,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

AMBIL TINDAKAN INDIVIDU CETUS KONTROVERSI

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/615829/ambil-tindakan-individu-cetus-kontroversi