Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AMINUDIN DAN TOQQI DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS PENASIHAT MALAKAT MALL – MALAKAT TRIBUNE – 19/09/2020
21 Sep 2020

CYBERJAYA – Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminudin Yahaya semalam secara rasmi dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall.

Turut dilantik untuk jawatan yang sama ialah, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi.

Datuk Nadzim Johan turut menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall.

Watikah pelantikan kepada kedua-dua tokoh berkenaan disampaikan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dalam majlis yang berlangsung semalam di Casa De Madani.

Dalam Majlis Ukhwah Rakan Strategik Malakat Mall itu, Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Masridzi Sat diilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Agama Malakat Mall.

Presiden Perkid Masridzi Sat dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Agama Malakat Mall

Pada majlis yang sama, Aminudin dan Masridzi turut menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Penasihat Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Turut dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat KoPPIM ialah Timbalan Pengerusi Pembela, Datuk Zainul Rijal dan Setiausaha Agung Muafakat, Mahmud Hishamuddin.

Pada majlis itu, Mohd. Fadzil atau terkenal dengan jolokan Pendekar Ekonomi Islam turut menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Kehormat Majlis Penasihat Ekonomi KoPPIM.

Kesemua watikah pelantikan bagi jawatan dalam KoPPIM bagi tempoh 2020 hingga 2022 itu disampaikan oleh Toqqi yang juga merupakan Pengerusi KoPPIM.

Artikel oleh: Malakat Tribune

AMINUDIN DAN TOQQI DILANTIK SEBAGAI AHLI MAJLIS PENASIHAT MALAKAT MALL

https://www.malakattribunenews.com/2020/09/aminudin-dan-tok-ki-dilantik-sebagai-ahli-majlis-penasihat-malakat-mall/