Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ANAK MALAYSIA, WIRA KULINARI DI LUXEMBOURG – KLIA – 29/11/18
30 Nov 2018

Kuala Lumpur 30 NOV – Dunia kulinari merupakan satu bidang yang semakin berkembang dan mendapat perhatian khususnya anak muda dalam menjana pendapatan lumayan setanding kerjaya-kerjaya hebat lain.
 Bidang yang dilihat mampu “pergi jauh” ini menjadi perhatian bukan sahaja di peringkat tempatan malahan ia dibawa sehingga kepentas dunia antarabangsa.
 Terbaru, Kerajaan Negeri Selangor melalui Setiausaha Politik kepada YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, YB. Tuan Haji Borhan memuji kejayaan dua anak muda membawa pulang pingat gangsa di Culinary World Cup 2018, Luxembourg yang berlangsung selama 4 hari bermula dari 24 sehingga 28 November 2018 lalu.
WhatsApp Image 2018-11-30 at 4.05.33 PM
WhatsApp Image 2018-11-30 at 4.05.34 PM
“Saya mewakili kerajaan negeri Selangor mengucapkan tahniah kerana mereka dan saya yakin dengan keyakinan yang sungguh akan mengharumkan nama negara bukan sekadar dari segi pertandingan masakan sahaja, malah pelbagai pertandingan inovasi lain”
 “Kerajaan akan sentiasa membantu dalam memberi galakan dan rangsangan kepada anak muda” ujar Borhan semasa ditemui dalam sambutan kepulangan wira negara di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) semalam.
 Culinary World Cup 2018 anjuran The Vatel-Club Luxembourg atau (ASBL) – Amitié gastrononomique François Vatel merupakan satu badan persatuan chef profesional Luxembourg, dan juga ahli Persatuan Chef Komuniti Dunia (WACS).
WhatsApp Image 2018-11-30 at 4.05.34 PM (1)
Kepulangan Chef Muhammad Yusoh dan Chef Muhammad Haziq Hazwan disambut meriah oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kakitangan Tuu Dia Paktam, rakan media dan lain-lain.
 Pengasas Tuu Dia Paktam, Ruslin Ibrahim atau lebih dikenali senagai Pak Tam yang juga merupakan bapa kepada Chef Muhammad Haziq Hazwan melahirkan rasa bersyukur dengan kemenangan anaknya.
 “Mereka bawa rahsia jati diri, ketenangan dan idea yg begitu kreatif sehingga membuatkan anak Malaysia dipilih sebagai pemenang”
WhatsApp Image 2018-11-30 at 4.05.34 PM (2)
“Saya merayu kerajaan negeri Selangor memandang belia-belia yang berbakat besar ini untuk bertanding di pentas dunia” ulasnya Pak Tam ringkas.
 Pensyarah, Chef Muhammad Yusoh menjadikan kemenangan ini sebagai pemangkin untuk dirinya melahirkan lebih ramai lagi belia muda yang berjaya pada masa akan datang.
 “Cita-cita saya untuk melahirkan ramai lagi belia yang menjadikan seni kulinari ini terus berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa” ulasnya ringkas.