Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
APA PENSYARAH CAKAP DALAM KOLEJ? – KINI TV – 4/1/18
05 Jan 2018

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan satu sidang akhbar berkenaan dakwaan penipuan kolej swasta yang mengenakan lebihan caj ke atas pelajar dan menjanjikan mereka peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.

Bekas pelajar kolej itu mendakwa selepas menamatkan pengajian diploma dan ijazah dalam bidang Perbankan Islam dan Kewangan, dia terpaksa menanggung hutang sebanyak RM70,000 apabila jaminan yang diberikan pihak kolej untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian turut palsu.

Katanya, dia yang membuat pinjaman penuh untuk menampung pendidikannya terpaksa mengganggur selama enam bulan dan akhirnya menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk mendapatkan pekerjaan.

Memetik Bernama, PTPTN akan menyiasat dakwaan seorang bekas pelajar kolej di utara tanah air bahawa kolejnya telah mengenakan caj tersembunyi dalam yuran ke atas peminjam PTPTN.

 

Artikel Oleh : KINI TV

APA PENSYARAH CAKAP DALAM KOLEJ

https://www.youtube.com/watch?v=eEMiD71_n7Q