Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
APLIKASI ‘PERJUANGAN PPIM’ KINI SEMUANYA DI HUJUNG JARI!
03 Jan 2020

Istimewa Buat Pengguna!
Aplikasi ‘Perjuangan PPIM’ Kini Semuanya di Hujung Jari!
.
Klik link: http://perjuangan.ppim.org.my untuk memuat turun aplikasi ‘Perjuangan PPIM’
.
Dengan semangat dan nafas baru melangkah ke tahun 2020, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah melancarkan sebuah aplikasi ‘Perjuangan PPIM’ yang diprogram khas buat para pengguna di Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman berjuang bersama PPIM di atas talian dengan pelbagai ciri-ciri menarik.
.
Aplikasi ini merupakan usaha dalam mendekati dan memudahkan masyarakat dalam membantu PPIM memperjuangkan isu-isu kepenggunaan. Ianya juga diwujudkan bagi menarik minat lebih ramai pengguna untuk berkomunikasi dengan PPIM.
.
Aplikasi ini boleh dimuat turun dan digunakan sepenuhnya mulai 3 Januari 2020 oleh para pengguna yang serius dan komited dalam memperjuangkan hak kepenggunaan bersama PPIM.

#PPIM #aplikasperjuanganPPIM