Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ASRI JANGGUT TIBA BERSAMA PEGUAM – BERITA HARIAN – 14/08/2020
14 Aug 2020

KUALA LUMPUR: Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut tiba di Bukit Aman, di sini pada jam 10.30 pagi tadi bagi memberikan keterangan berhubung kenyataan jelik yang dikeluarkannya dalam dua sesi wawancara sebelum ini.

Asri yang juga pengasas Hot Burger Malaysia sebelum ini mendakwa anggota polis dan tentera tidak menunaikan sembahyang Subuh semasa wawancara dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan wawancara yang disiarkan di laman Facebook Sinar Harian.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dijangka merakam kenyataan Asri berhubung perkara itu bagi melengkapkan siasatan dakwaan menghina dua pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 505 (c) dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Artikel oleh: Berita Harian

ASRI JANGGUT TIBA BERSAMA PEGUAM

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/08/721160/asri-janggut-tiba-bersama-peguam