Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2916) Bas Ekspress Dipindahkan, Pudu Sentral Lenggang Ratusan Peniaga Bakal Gulung Tikar
30 Oct 2015

Tulisan rakan blogger Double Y di laman blog beliau mengenai nasib yang bakal menimpa para peniaga di Pudu Sentral membuka mata banyak pihak. 
Menurut penulis blog itu, pihak pengurusan Pudu Sentral iaitu Uda Mall Sdn. Bhd gagal memanfaatkan pelaburan kerajaan bagi pengubahsuaian bangunan tersebut.
Dalam artikel tersebut, penulis mendakwa para peniaga di Pudu Sentral mengalami kerugian teruk sejak Pudu Sentral dinaik taraf, malah kebanyakkan premis kedai dalam bangunan tersebut kosong dan tidak lagi dikunjungi orang ramai.
Ini kerana tindakan SPAD yang mahu memindahkan operasi bas ekpress jarak jauh ke terminal bas BTS menjelang November ini, sejak artikel tersebut disiarkan pagi tadi, pelbagai komen diterima dari orang ramai.
Rata-rata berpendapat, tindakan SPAD mahu memindahkan operasi bas ekspress jarak jauh hanya menyusahkan penumpang kerana lokasi BTS jauh dan tidak strategik seperti Pudu Sentral.

Berdasarkan pendedahan penulis tersebut, selain dipaksa mengosongkan premis peniaga di Pudu Sentral turut menanggung bebanan hutang dengan pihak UDA Mall. Selain itu, difahamkan ramai peniaga di Pudu Sentral terpaksa gulung tikar kerana pendapatan daripada hasil jualan harian tidak mampu untuk menampung harga sewa premis tinggi selain kos penyelenggaraan naik dua kali ganda selepas diubah suai.

“Kenapa begitu sukar untuk pihak UDA Mall bertolak ansur atau bertimbang rasa terhadap peniaga, sukarkah menyelami masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain menghabiskan berjuta untuk pengubahsuian. Pihak UDA Mall turut gagal menguruskan Pudu Sentral dengan baik. 

Malah ruang premis perniagaan merosot berbanding sebelumnya kerana peniaga tidak mampu menyewa lot perniagaan ekoran sewa dinaikkan mendadak selain kos utiliti yang tinggi. Merujuk gambar di bawah, ruang yang berwarna adalah lot kedai yang masih menjalankan perniagaan mereka manakala selebihnya kosong.”

Baca selanjutnya KLIK

Pihak Uda Mall dan SPAD harus tampil menyelesaikan masalah yang menimpa peniaga di Pudu Sentral. – admin