Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BERI KEADILAN KEPADA BELLA – PPIM – HARIAN METRO -13/07/2021
13 Jul 2021

Kuala Lumpur: Tahan dan dakwa segera pelaku untuk beri pengajaran kepada orang lain. Itu gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada pihak berkuasa untuk memberi keadilan kepada Bella, yang dipercayai didera di sebuah pusat jagaan di ibu negara.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian itu sama sekali tidak dapat diterima kerana berlaku kepada seorang remaja orang kurang upaya yang menumpang kasih di situ.

Katanya, PPIM juga meminta satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kes itu yang mengguris hati rakyat negara ini.

“Kita minta pelaku ini diambil tindakan segera. Ini akan memberi pengajaran kepada yang lain.

“Ada beberapa isu yang boleh berlaku jika tidak diambil tindakan segera termasuklah pengaruh kepada saksi kerana pelaku masih bebas,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Hadir sama Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM Siti Khadijah Hassan Berseri dan aktivis antarabangsa PPIM Vince Focarelli.

Semalam Harian Metro melaporkan, Rumah Bonda dilucut hak penjagaan ke atas enam kanak-kanak termasuk Bella, melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan 5 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur Che Samsuzuki Che Noh dipetik berkata, semua kanak-kanak itu kini diberi penempatan sewajarnya di bawah pusat kebajikan kendalian JKM.

Menurutnya, pusat berkenaan yang terletak di Jalan Kukuban, di sini juga dikenakan tindakan sita, selepas didapati beroperasi secara haram sejak 2019 dan tidak berdaftar dengan JKM.

Nadzim berkata, pihaknya melalui Biro Kebajikan menyediakan platform untuk orang ramai membuat aduan bukan saja mengenai kes dera, tetapi apa juga yang berkaitan kepenggunaan.

“Kita buat di peringkat kita dan mungkin kita boleh ambil tindakan awal untuk membantu terutama ketika penularan Covid-19 di negara kita,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

BERI KEADILAN KEPADA BELLA – PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/730123/beri-keadilan-kepada-bella-ppim