Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BERITA : DITIPU SYARIKAT JUALAN LANGSUNG
13 Dec 2010

Unit aduan PPIM telah menerima aduan daripada seorang jururawat yang telah ditipu oleh sebuah syarikat jualan langsung ‘EFSB’ dan seorang peniaga yang ditipu oleh syarikat jualan langsung ‘NSB’. 
Sehubungan dengan itu, sebuah sidang media telah diadakan pada 12 Disember 2010 di Sembang Sembang Cafe, PPIM oleh pengadu dengan kerjasama PPIM bagi mendapatkan keadilan undang-undang dan menyedarkan masyarakat pengguna lain agar tidak tertipu dengan penipuan-penipuan terancang segelintir pihak yang suka mengaut keuntungan ini.
Satu jawatankuasa Forum Semakan Penipuan (SEMAK) telah ditubuhkan oleh PPIM bagi memantau aktiviti penipuan seperti ini. Kepada mangsa yang telah tertipu, boleh menghubungi sekretariat di talian 0193591000 atau 0342577222 atau 0199130000 atau kongsi pengalaman anda di forumsemak.blogspot.com
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JawatankuasakhasPPIMkendaliaduanmangsaMLM/Article/