Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BERITA PPIM : PENGGUNA MULA BERANI MENENTANG SYARIKAT GORES DAN MENANG
19 Nov 2011

HARIAN METRO 181111
SINAR HARIAN 191111

Berita di atas menunjukkan betapa pengguna kini mula berani menegakkan hak mereka.  Pengguna sendiri bertindak membela nasib sendiri. Tak perlu takut. Berani bertempat, takut pun bertempat.
Inilah yang dimahukan oleh Pasukan Bertindak Hak Pengguna (Consumers Rights Task Force (CRTF) )yang dilancarkan PPIM bulan lalu di mana pengguna menjalankan hak masing-masing (rujuk http://proactiveconsumer.blogspot.com/)
Syarikat Gores dan Menang ini perlu dihapuskan kerana ramai telah tertipu dengan taktik kata-kata manis mereka. Kita hendaklah sentiasa berpesan dan saling ngat-mengingati sesama kita, dan hebahkan segala maklumat tentang penipuan-penipuan yang terus wujud oleh pihak tertentu yang suka mengaut keuntungan dengan goyang kaki sahaja, menindas dan MEMPERGUNA pengguna.
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah!

BERITA BERKAITAN :
http://mynewshub.my/2011/11/17/buku-bertemu-ruas-amukan-mangsa-gores-dan-menang/