Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BERITA PPM : SME BANK TIDAK PRIHATIN
20 Dec 2011


KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)
MENGGESA SME BANK AGAR LEBIH PRIHATIN, PROFESIONAL & PROAKTIF
DALAM MEMBANTU USAHAWAN BUMIPUTERA UNTUK BERJAYA
SEJAJAR DENGAN AGENDA KERAJAAN

SME Bank atau Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad mula beroperasi pada 3 Oktober, 2005 sebagai sebuah institusi kewangan khusus bagi membimbing dan memenuhi permintaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Sebagai sebuah pusat sehenti yang bergiat memenuhi permintaan bantuan kewangan dan pembangunan perniagaan PKS di Malaysia.
Malangnya, sehingga ini PPIM banyak menerima rungutan dari ahli perniagaan khususnya peniaga Bumiputera yang terlibat di dalam perusahaan industri Kecil & Sederhana yang berusaha untuk mendapatkan bantuan kewangan melalui SME Bank untuk mengembangkan perniagaan mereka gagal dibantu.
Malahan, melalui aduan serta rungutan yang diterima terdapat di kalangan mereka yang pernah memohon bantuan kewangan melalui SME Bank di mana peluang niaga mereka sememangnya berpotensi dan berdaya maju tersekat di tengah jalan gara-gara modal yang tidak mencukupi serta gagal di dalam permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan dari SME Bank.
Justeru itu, PPIM melalui biro ekonominya menyeru agar pihak atasan di dalam SME Bank menilai semula sejauh mana keberkesanan matlamat mereka untuk menjadi pemangkin ekonomi di dalam mengembangkan industri PKS di dalam Negara khususnya di dalam pembangunan Usahawan Bumiputera.
Atau mungkinkah terdapat ketidakseragaman matlamat penubuhan Bank ini di mana terdapat pegawainya yang tidak faham kenapa SME Bank ditubuhkan. Seluruh masayarakat pengguna berharap pihak SME lebih prihatin dan professional dalam membantu usahawan kita. [END]