Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1007)ASTRO AWANI 23/11/2013 Lembaga peperiksaan diminta siasat soalan SPM bocor
27 Nov 2013

KUALA LUMPUR: Satu laporan telah dibuat oleh sekumpulan individu yang mendakwa berlakunya kebocoran kepada soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Matematik 1,2 serta Matematik Tambahan.


Wakil kumpulan itu, Muhammad Rizuan Abdul Rashid memberitahu kebocoran pertama dikesan sejurus selepas peperiksaan matematik kertas 1 dan 2 selesai pada Isnin, 18 November lalu.


“Selepas kertas soalan tersebut selesai sekumpulan pelajar telah menghubungi atau berjumpa dengan sahabat saya itu menyatakan kertas-kertas soalan matematik bocor” kata Muhammad Rizuan kepada Astro AWANI.


Sebagai bukti pelajar berkenaan menunjukkan salinan soalan serta jawapan matematik yang mereka peroleh daripada seorang guru yang mengajar kelas tambahan sehari sebelum peperiksaan itu berlangsung.


Ternyata kesemua soalan yang diberikan sama dengan soalan yang keluar pada hari peperiksaan sebenar.


Ekoran kejadian itu satu aduan telah dibuat kepada LPM Malaysia di Putrajaya.


Muhammad Rizuan bagaimanapun kecewa kerana pihak lembaga gagal mengambil tindakan segera bagi menyekat perkara itu.


Beliau mendakwa sekali lagi menerima maklumat kebocoran kertas soalan matematik tambahan kertas dua pada khamis lalu.


Terbukti soalan beserta jawapan yang dihantar melalui ‘whatsapp’ itu sama dengan soalan dalam kertas peperiksaan itu.


Susulan itu satu laporan polis telah dibuat dan Muhammad Rizuan menggesa pihak lembaga mengambil tindakan tegas bagi memelihara integriti peperiksaan negara.





sumber : http://www.astroawani.com/news/show/lembaga-peperiksaan-diminta-siasat-soalan-spm-bocor-25848?cp