Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
750) BOIKOT TEPUNG CAP SAUH DAN CAP KUNCI
29 May 2013

May 29, 2013
Kuala Lumpur: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan
Islam, semalam menggesa Kementerian Kesihatan melarang penggunaan bahan
kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum.
Mereka bimbang
penggunaan bahan itu walaupun dibenarkan pada skala kecil iaitu tidak
lebih 50 miligram (mg)/kilogram (kg) untuk bertindak sebagai ejen
pemutih, dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan pengguna.
Jurucakap NGO itu yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan, berkata ada sebilangan syarikat pengimport dan
pengeluar tepung di negara ini menggunakan benzoyl peroxide bagi
memutihkan kembali warna tepung itu.
Katanya, langkah diambil
syarikat berkenaan selepas dipercayai memperoleh bekalan tepung terpakai
yang warnanya sudah bertukar kehitaman atau kekuningan dari pasaran
antarabangsa sebelum dijual semula di Malaysia.
Nutrisi semula jadi hilang
Penambahan
benzoyl peroxide menyebabkan semua nutrisi semula jadi (dalam tepung)
hilang. Bagi memastikan nutrisinya terus ada, mereka menggunakan bahan
bijirin seperti vitamin B1, dipercayai diperoleh dari sumber babi kerana
ia lebih murah dan mudah didapati, katanya pada sidang media di sini,
semalam.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan tepung
gandum perlu mengandungi 13 peratus bahan nutrisi. Mengikut laporan
Kementerian Kesihatan penggunaan bahan kimia itu dalam tepung gandum
sebagai penyesuai makanan dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih
daripada 50 mg/kg.
Bagaimanapun, Nadzim berkata, budaya rakyat
Malaysia yang kerap menggunakan dan bergantung kepada makanan berasaskan
tepung seperti roti canai, kuih dan roti menyebabkan pengambilan
terhadap bahan kimia itu menjadi tinggi.
Beliau berkata, hanya
satu atau dua saja syarikat pengimport tepung di Malaysia menggunakan
bahan kimia itu dalam mengeluarkan produk berkenaan, selebihnya tidak
menggunakan.
Sekat ‘Red Bean Army’
Dalam perkembangan lain, Nadzim berkata, PPIM
dan 85 NGO lain menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) menyekat laman sosial dikendalikan kumpulan dan penyokong ‘Red
Bean Army’ kerana melemparkan fitnah.
Kumpulan dipercayai berkait
rapat dengan sebuah parti politik pembangkang itu dipercayai mula aktif
sejak 2011. Penipuan menerusi kenyataan dan fakta dikeluarkannya boleh
mencetuskan perbalahan dan menggugat perpaduan selain mempunyai motif
mengajak rakyat membenci pemimpin negara.
Beliau turut menafikan
dakwaan pihaknya memboikot keseluruhan produk Cina, sebaliknya hanya
lapan produk saja kerana dipercayai menyalurkan dana dan menyokong
usaha himpunan haram anjuran pembangkang.