Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BOIKOT, REALITI ATAU KHAYALAN??? DR MAZA, TOK KI & DR ROZAIMI RAMLE – AJ KEDAH – 10/09/2019
14 Sep 2019

Wacana Boikot ini diadakan atas faktor semangat kempen beli barangan muslim dahulu atau Buy Mulim First, #BMF yang agak hangat ketika ini.

Progam ini telah di adakan di Dewan Seni Visual Negara pada 9 September 2019. Moderator nya ialah Saudara Amin Idris, manakala terdapat 3 Panelis yang tidak asing lagi bagi kita.

Panel yang pertama ialah Dato’ Nadzim Johan atau dikenali sebagai Tok Ki iaitu Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Panel yang kedua pula ialah Dr Muhammad Rozaimi bin Ramle yang dikenali sebagai Dr RORA. Beliau merupakan Pensyarah di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden NGO yang dikenali sebagai Institut Ibnu Al-Qayyim(IQ) Malaysia.

Panel yang ketiga pula ialah Professor Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikenali sebagai DR MAZA. Beliau merupakan seorang Mufti Perlis yang lantang memberikan komentar kepada isu-isu semasa, politik, hal ehwal agama dan lain lain tanpa mengira kepada pihak kerajaan atau pembangkang.

Sama-sama kita saksikan wacana yang sarat dengan isu isu penting ini. Jangan lupa untung tekan butang subsribe mudah mudahan banyak lagi video-video perkongsian menarik akan disajikan kepada anda. Sebarkan video yang bermanfaat ini buat rakan-rakan anda. Terima kasih.

Jazaakumullahu khayran katheera

Kredit photo : Azriff Reza @echolalia

#BMF#BOIKOT#BuyMuslimFirst#DrMAZA#DrRORA#TokKi#PPIM#WacanaBoikot

Artikel oleh: AJ Kedah

BOIKOT, REALITI ATAU KHAYALAN??? DR MAZA, TOK KI & DR ROZAIMI RAMLE

https://www.youtube.com/watch?v=quPMEqa2FQs