Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BOLEH GUGAT KEHARMONIAN, SEKOLAH MANA LIP ENG PERGI? – PPIM – MALAYSIA GAZETTE – 09/09/2019
10 Sep 2019

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari menempelak Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang mendakwa kempen boikot barangan bukan Islam boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Bidas Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, pemimpin DAP itu perlu belajar menghormati orang lain sebelum membuat sebarang kenyataan.

Jelas beliau, Lip Eng tidak perlu mengeruhkan keadaan sedia ada dan tidak menangguk di air yang keruh berhubung sesuatu isu.

“Sekolah mana dia pergi? Mungkin Oxford tak tahu lah.  Kalau dia belajar daripada orang tertentu cara hormat orang. Sebab sudah lebih 60 tahun, negara tidak ada masalah (keharmonian kaum) di negara ini.

“Kebelakangan ini kita tengok mereka sudah terlebih melampau mengenai isu ini,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Nadzim diminta mengulas mengenai kenyataan Lip Eng bahawa kempen membeli produk muslim yang diterajui oleh badan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang turut akan memberikan kepada ekonomi negara.

Lip Eng berkata ‘kempen boikot yang dicetuskan NGO pro-pembangkang bukan sahaja menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama negara ini malah turut memberi kesan terhadap ekonomi tempatan.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, PPIM sebagai persatuan pengguna Islam tidak boleh menghalang para pengguna daripada memilih barangan keluaran bumiputera kerana ia adalah hak individu.

Ia menggalakkan membeli produk muslim sahaja dan bukan memboikot barangan bukan muslim.

Malah katanya, kenyataan-kenyataan sesetengah individu sebelum ini membuatkan gerakan kepada aktiviti memboikot itu diwujudkan baru-baru ini.

“Apa masalah mereka-mereka ini menghina sampaikan buat bendera terbalik, hitamkan jalur gemilang. Jadi perkara sebegitu yang buat orang marah.

“Kita sokong peniaga kita supaya mereka lebih maju sahaja, supaya golongan ini boleh bayar cukai sebab mereka dakwa golongan peniaga kita tidak bayar cukai.

“Dia perlu faham, sebab dalam dunia ini kita kena hormat budaya orang dan jangan angkuh, bila ada kuasa kita sombong dengan orang.

“Kita kena mengembalikan hak dan maruah kita, jadi kita kena sokong produk bumiputra,” katanya lagi.

Sebelum ini, ahli perniagaan, Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau rasa ‘tertipu’ sebagai seorang pembayar cukai kerana wang cukai rakyat telah digunakan untuk membiaya sektor perkhidmatan awam yang melebihi kapasiti serta mempunyai tahap keberkesanan yang rendah. 

Artikel oleh: Malaysia Gazette

BOLEH GUGAT KEHARMONIAN, SEKOLAH MANA LIP ENG PERGI? – PPIM

https://malaysiagazette.com/2019/09/09/boleh-gugat-keharmonian-sekolah-mana-lip-eng-pergi-ppim/