Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BRAINY BUNCH DAN MALAKAT MALL BERGEMA DENGAN SORAKAN KUMPULAN OTAi – MALAKAT TRIBUNE – 20/07/2020
21 Jul 2020

RAUDHAH CITY – Bangunan ibu pejabat Kumpulan Brainy Bunch serta pusat beli belah Malakat Mall hari ini bergema dengan sorakan semangat daripada Kumpulan OTAi.

Sorakan semangat itu menjadi ‘trademark’ Kumpulan OTAi bagi memberi semangat kepada ahlinya selain tanda penghargaan kepada ketua atau Pengasasnya, Dr. Suhaimi Abas.

Pada hari ini lebih 200 ahli Kumpulan OTAi yang diketuai Dr. Suhaimi mengadakan lawatan ke ibu pejabat Brainy Bunch, Raudhah Ville dan berakhir di Malakat Mall.

Menurut Dr. Suhaimi, kehadiran beliau bersama para ahli Kumpulan OTAi ialah bagi menyaksikan sendiri segala kemajuan yang telah dicapai oleh Kumpulan Brainy Bunch.

“Alhamdulillah, saya tidak pernah berjumpa lagi orang yang mempunyai semangat seperti Coach Fadzil (Pengasas Kumpulan Brainy Bunch) dan kumpulannya.

“Beliau dan pasukannya menaikkan ekonomi Islam. Saya dan Coach Fadzil ini berkenalan selepas diperkenalkan oleh Toqqi (Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan).

“Toqqi kata ini (Coach Fadzil) orang yang baik dan kena bantu, jarang jumpa orang macam ini. Toqqi dan Coach Fadzil datang ke rumah saya pada Ramadan lalu.

“Waktu itu kami berjumpa buat kali pertama, berborak pukul 10 malam hingga 4 pagi. Masing-masing perkenalkan objektif dan hala tuju dan rupanya kami sehaluan,” katanya.

Dr. Suhaimi berkata, beliau kagum dengan perjuangan Coach Fadzil yang membuka tadika dan dijenamakan sebagai Brainy Bunch sehingga mempunyai lebih 100 cawangan dan 1,800 pekerja.

“Mereka ada sistem pendidikan awal kanak-kanak, sekolah serta kolej. Sekarang ada perniagaan dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

“Ini satu organisasi yang lengkap. Kami merancang untuk bekerjasama, apa yang Kumpulan OTAi buat dan Kumpulan Brainy Bunch buat adalah perkara yang sama.

“Kita memerlukan antara satu sama lain. Islam kata, ibarat batu bata, mereka memerlukan antara satu sama lain, untuk dirikannya kena bergabung dan bersatu,” katanya.

Dalam pada itu, Coach Fadzil berkata, beliau difahamkan, kunjungan ke Kumpulan Brainy Bunch hari ini merupakan buat kali pertama Kumpulan OTAi berkumpul melebihi 200 orang.

“Buat kali pertama mereka berkumpul sebanyak ini dan datang kepada kita. Mereka diberikan pendedahan tentang perjuangan KoPPIM selain Brainy Bunch dan Malakat Mall.

“Alhamdulillah Kumpulan OTAi bersetuju untuk bersatu dalam koperasi, mereka akan jadi ahli KoPPIM. Mereka juga komited dengan perjuangan kita dan menaikkan ekonomi Islam.

“Kita di peringkat KoPPIM dan Malakat Mall bersetuju dengan Kumpulan OTAi. Insya-Allah mereka akan diberikan peluang dalam pernigaan kita terutamanya di Malakat Mall,” katanya. – MT

Artikel oleh: Malakat Tribune

BRAINY BUNCH DAN MALAKAT MALL BERGEMA DENGAN SORAKAN KUMPULAN OTAi

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/brainy-bunch-dan-malakat-mall-bergema-dengan-sorakan-kumpulan-otai/