Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
CABARAN UMAT ISLAM GERAKAN KEMPEN BMF – MELAYUBANGKITNEWS – 18/01/2020
20 Jan 2020

CYBERJAYA – Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mengakui kempen gerakan Buy Muslim First (BMF) bukanlah terlalu sukar tetapi perlu sedikit pengorbanan.

Menurutnya, beliau mengajak semua pengguna mengambil kesempatan dengan pelbagai perkara yang terdapat di hadapan mata.

Nadzim

“Maksudnya ajak ramai kawan kita sokong produk Muslim. Bila ALLAH bantu kita, kita doalah, letak semangat juang kita.

“Kita nak bela kebenaran, kita perlu beranilah,  bangkitkan maruah kita,  bawa  sesi hari ini sebagai pencentus ekonomi Muslim yang boleh membawa perubahan cukup besar dalam diri,” katanya dalam Program Bual Bicara:  Gerakan Kuasa
Pengguna sempena Konvensyen Kewangan Keusahawan Islam di Brainy Bunch, Cyberjaya hari ini.

Mengulas mengenai jihad ekonomi, Nadzim atau dikenali sebagai Toqqi berkata, “Jihad itu sangat penting namun berapa ramai yang melakukannya.”

Katanya, umat Islam hari ini tidak cukup berani sebab itu perjuangan masih tidak konsisten.

“Semua perkara nak lakukan berlandaskan Islam tetapi sejujurnya kita buat ke tidak.

“Jihad dan dakwah perlu selari. Hendak berniaga, berniagalah. Lagi satu dakwah. Berapa ramai bantu cerita mengenai Islam kepada orang lain,” katanya.

Toqqi menegaskan jika masih hendak biarkan keselesaan pada hari ini, apa akan terjadi kepada umat Islam yang lain.

Katanya, kebanyakan dari kita beritahu sanggup berkorban. Namun tidak semua kita buat.

Beliau menyarankan semua umat Islam perbetulkan diri untuk menyelamatkan ekonomi usahawan Muslim.

Tambahnya, ini kerana cabaran umat Islam hari ini sangat kuat.

Artikel oleh: MelayuBangkitNews

CABARAN UMAT ISLAM GERAKAN KEMPEN BMF

https://melayubangkitnews.com/cabaran-umat-islam-gerakan-kempen-bmf/