Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
DICEKUP SEMASA MABUK DI DALAM KELAB MALAM – OPS BAH SIRI 35 – 29/4/2017
29 Apr 2017

 

PPIM 29/4/2017 – Operasi Banteras Aktiviti Haram atau Ops BAH siri ke 35 telah dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL disertai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO serta beberapa badan kerajaan semalam.

Dalam operasi kali ini, difahamkan bahawa fokus operasi adalah untuk membanteras aktiviti sosial dan pusat perjudi haram. Tambahan lagi, premis yang menjalankan aktiviti haram ini telah pun diserbu sebanyak beberapa kali oleh pihak berkuasa sebelum ini, namun masih degil dan menjalankan aktiviti haram ini seperti biasa.

Di dalam serbuan tersebut, hampir 30 orang dilingkungan umur 20 hingga 35 ditahan atas pengaruh alkohol, dadah dan mesin-mesin perjudian turut dirampas. OPS BAH kali ini turut disertai oleh Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan. “Sekarang ini macam-macam jenis judi telah ada. Tambahan lagi, mereka turut menggunakan sistem QR code yang boleh diakses oleh para kaki judi dari rumah untuk bermain judi online” katanya

Toqqi turut menyatakan kekesalan beliau terhadap operasi kali ini kerana terlalu banyak anak-anak belia yang terlibat di dalam kegiatan maksiat. Beliau berharap agar ada tindakan sewajarnya dari pihak berkuasa supaya masalah belia ini dapat dibendung dan dikawal.

Dalam masa yang sama, satu sidang media kecil telah diadakan bersama penyelaras Ops BAH Datuk Azman Mahmood di tempat serbuan semalam. “Kami mendapati bahawa premis yang menjalankan kegiatan maksiat seperti ini telah meningkat peratusnya sebanyak dua kali ganda dari sebelum ini.”

Operasi Ops Bah ke-35 berakhir pada jam sekitar 4 pagi.

WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (4)

WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (1)

WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (5)

WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (2)

WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (3)

WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (8)

WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (7)

WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (6)