Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
DULU BENDERA TERBALIK, SEKARANG BERBUCU LIMA PULA? – PPIM – 26/11/2019
26 Nov 2019

Negara Malaysia telah merdeka selama 62 tahun, satu tempoh yang cukup lama bagi mengingati sesuatu perkara yang asas. Namun, video bendera Malaysia berbucu lima yang dipaparkan seiring dengan lagu ‘Negaraku’ di pertandingan bola keranjang viral di aplikasi Whatsapp telah mendapat perhatian PPIM bagi mengetengahkan isu ini.

PPIM akan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan kerana jelas terlihat seolah-olah kesilapan bendera ini ‘dirancang’ untuk mencetuskan kontroversi dan merosakkan perpaduan kaum. 

“Orang yang seperti ini tidak membawa kesan baik kepada negara malah wujudkan keadaan yang menghina bendera, menghina negara dan menghina Yang di-Pertuan Agong,” kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi.

“Saya cukup sedih kerana tindakan kita yang mengambil mudah sehingga lama kelamaan akan menimbulkan masalah perhubungan antara kita.”

“Saya harap rakyat Malaysia bangkit menentang aktiviti yang menghina negara yang dirancang oleh pengkhianat dan tidak melepaskan mereka dengan hanya permohonan maaf,” tegasnya semasa siaran langsung Facebook Live PPIM jam 1 petang tadi.

Beliau berharap supaya peguam negara dan mahkamah mengambil tindakan dengan memandang serius terhadap isu ini dan menggesa rakyat Malaysia sama-sama membanteras aktiviti atau perbuatan yang menghina negara.

#toqqimarah #toqqitegur #PPIMprihatin #patriot #PPIM #benderaMalaysia #viral #Negaraku #MalaysiaBersih

Artikel oleh: Atiqah Kamaruddin

DULU BENDERA TERBALIK, SEKARANG BERBUCU LIMA PULA?