Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
EKSKLUSIF! USAHA PUTERI BALQISH BUKA MATA ANAK MUDA! – PPIM – 10/01/2020
11 Jan 2020

Nama bintang cilik ternama, Puteri Balqish yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia Pasifik 2014 itu menarik perhatian PPIM apabila melihat keazaman adik Puteri meneruskan kehidupannya dengan menjual buku puisi karyanya demi menanggung diri dan ibunya selepas ditinggalkan oleh bapa.

Walaupun Puteri dan ibunya mempunyai penyakit kronik, namun anak muda ini terus tabah dalam meneruskan memperjuangkan hidupnya. Pengalaman hidup mengajar dirinya menjadi kuat selepas menyaksikan ibunya beberapa kali mencuba untuk membunuh diri.

“Saya sokong tindakan dia (Puteri Balqish) yang berusaha menyara diri dan ibu dengan menulis. Seorang anak muda berusia 13 tahun yang dulunya “home school” boleh menulis dan berkarya sebaik ini. Namun, masyarakat kini kurang menilai dan menghargai kerana seperti yang dilihat dia yang tiada pendapatan pun masih boleh hidup melalui buku seperti ini, maka rugilah kepada sesiapa yang tidak berusaha,”- Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.

Menurutnya lagi, perlu ada agensi yang membantu untuk mengasah dan memasarkan bakat serta kelebihannya sebaik mungkin. Hal ini kerana ia mungkin dapat membantu dirinya di masa akan datang supaya dapat memperoleh pendapatan untuk menyara hidup.

“PPIM akan cuba sebaik mungkin untuk berbuat sesuatu dan kami turut mengharapkan sokongan orang ramai supaya melihat kembali bagaimana mereka mengambil ringan dalam menghargai kelebihan generasi muda,” tambahnya.

PPIM menggesa pihak Zakat untuk menghulurkan bantuan kepada Puteri dan ibunya supaya dapat meringankan beban mereka dan membantu menanggung kos sara hidup.

#PPIMsokong #PPIMprihatin #Toqqi #PuteriBalqish #Zakat #Karangkraf #AnakMuda #AnakSeniman