Timbalan Presiden FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, wang yang dipinjam daripada aktiviti cagaran itu tidak berbaloi kerana boleh mendatangkan kesan buruk yang lebih besar.

“Mykad boleh disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti dalam kes pemalsuan dokumen mahupun jenayah lain sehingga menyebabkan orang lain yang tidak bersalah pula disabitkan kesalahan.

“Apatah lagi kalau kad pe­ngenalan diri itu digunakan untuk tujuan lebih besar se­perti meminjam wang dengan menggunakan nama orang lain sehingga menyebabkan orang yang memajak itu pula terpaksa menanggung beban hutang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasil pendedahan eksklusif Utusan Malaysia pada 6 Disember lalu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kerana menjalankan aktiviti pajak MyKad sejak 10 tahun lalu bagi meraih keuntungan mudah di sebuah rumah kedai di Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan melihat situasi yang berlaku itu sebagai masalah sosial yang perlu ditangani segera.

“Kita bukannya berada di sebuah negara daif sehingga berlaku situa­si terdesak itu dan saya rasa pelik kejadian se­perti ini tidak sepatutnya berlaku di negeri yang majoritinya penduduk Islam.

“Jadi, perkara ini perlu dibanteras supaya tidak timbul masalah besar lain sehingga boleh menyebabkan keadaan huru-hara,” jelasnya.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia

FIKIR MUDARAT LEBIH BESAR

 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/fikir-mudarat-lebih-besar-1.814993#ixzz5bW6ZhcUe