Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2648) FOOD TRUCK DIPERLUAS DI SEKITAR KUALA LUMPUR – UTUSAN MALAYSIA – 29/3/16
29 Mar 2016

ababab
Yang turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Pengerusi AMIM, Muhammad Yusuf Azmi.

Kira-kira 10,000 pengunjung memeriahkan program selama dua hari itu yang dianjurkan dengan tujuan membuka peluang dan menggalakkan generasi muda menceburi bidang perniagaan selain menyatukan golongan itu dari pelbagai bangsa menerusi kepelbagaian aktiviti disediakan.
Pada masa sama, Mohd. Najib Mohd. menyifatkan karnival itu merupakan platform terbaik bagi belia muda mendapat pendedahan terhadap pembangunan ekonomi melalui perniagaan di usia muda.
“Karnival yang melibatkan belia muda negara seperti ini berupaya untuk mengembalikan sifat kepemimpinan dalam jiwa mereka kerana mereka merupakan peneraju negara ke arah pembangunan khusus­nya dalam bidang perniagaan.
“Program seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti anak muda dalam bidang perniagaan seterusnya menjana ekonomi negara,” katanya lagi.

Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/