Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
FORUM PENGGUNA VI 2016
01 Nov 2016

WhatsApp Image 2016-10-31 at 5.10.16 PM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengadakan Forum Pengguna Ke 6 pada 12 November 2016, di Menara Felda, Platinum Park, KLCC (8.30 am hingga 5.30 pm)

Tujuan Forum ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna berkaitan isu-isu kepenggunaan serta hak dan tanggungjawab mereka. Tiada sebarang bayaran yuran dikenakan.

Membawa 2 tajuk iaitu:

Kemiskinan: Takdir atau Pilihan

Tajuk ini akan diadakan pada sesi pagi. Antara panel jemputan kami adalah Yang Berbahagia Dato Haji Zainal Abidin b. Haji Sakom (Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan). Turut hadir adalah ahli niaga PPIM yang akan berkongsi tips-tips kejayaan dan pengalaman mereka dalam menggapai kejayan

Tipu Pengguna: Buru Sehingga Lubang Cacing

Antara panel jemputan kami adalah Datuk Nadzim Johan (Ketua Aktivis PPIM) dan wakil dari pihak kementerian yang berkaitan.

Jemputan kepada semua. Kemasukkan percuma. Jika berminat untuk menghadirinya, sila isikan maklumat di borang pendaftaran http://acara.ppim.org.my/forum-pengguna-vi-2016.